/Final Piala Malaysia: Orgasm semusim bersama liga tempatan

Final Piala Malaysia: Orgasm semusim bersama liga tempatan

Tidak keterlaluan jika Jang katakan lebih 120 minit aksi epik final Piala Malaysia Sabtu lepas adalah kesimpulan atau gambaran sebenar bola sepak kita sepanjang zaman atau paling kurang ringkasan untuk musim ini. Drama, aksi sedap, drama balik, gol cantik, drama lagi, gaduh, mutu pengadilan, aksi gol saat akhir, aksi penjaga gawang jadi hero, drama, drama, drama dan akhirnya orgasm bola sepak yang dicapai bersama. Itulah bola sepak yang Jang dambakan. Ada unsur karnival, dramatik, orang ramai, kecewa, menang, hampir kalah, buat comeback dan hampir menang. Ahh! kau semua saksikan malam itu jadi Jang tidak mahu mengulas setiap detik.

Sebenarnya epik final itu bermula dari awal musim lagi. Kau akan merasa orgasm yang lebih hebat lagi jika kau benar-benar bersama pasukan dari awal musim. Tapi jika dah final baru nak bersama pasukan, mungkin kau tak berapa nak sebak. Hmmmmm biasala tu. Mengambil contoh, bagaimana segelintir penyokong Perak tidak berpuashati dengan prestasi Mehmet Durakovic dan menuntut beliau disingkirkan dalam kempen #MehmetOut #PaFaOut selepas beberapa perlawanan bulan Julai lepas. Sudahlah beliau mengambilalih Perak dari arwah Weigang yang ditamatkan secara misteri. Malam itu, kesemua mereka berdiri dan berbangga bersama Mehmet. Di Terengganu juga tidak kurang dramanya. Hal sebegini adalah makanan harian bola sepak seluruh Malaysia. Ada saja ketegangan dan drama dalam dan luar padang. Itulah keistimewaan menjadi penyokong bola sepak tempatan yang kau takkan rasa jika kau sokong bola sepak Inggeris, Arsenal (misalnya).

Atmosphere

Percaya tak Jang kata, semua aksi dan emosi itu takkan lahir jika kehadiran penyokong pada malam itu hanya sekitar 400 orang sahaja? Boleh tak Jang kata, 80,000 kehadiran pada malam itu menutup sedikit aksi bosan (jika ada) pada corak permainan hantaran jauh atau hantaran tidak tepat? Percaya tak, jika tanpa kehadiran penyokong yang besar, maka kesilapan pemain pertahanan Perak pada gol pertama dan penjaga gawang mereka untuk gol kedua hanyalah kesilapan yang hanya mengundang maki hamun penyokong jika ianya berlaku pada perlawanan biasa dengan kehadiran penyokong ala kadar. Percayalah Jang kabo ini sebab Jang hadir kesemua perlawanan kecil dengan kehadiran 200 orang hinggalah 120,000 orang. Itulah namanya atmosphere. Ianya mengubah cara kita meraikan aksi dalam padang dan ianya tidak hanya berlaku dalam aksi final sahaja.

Jang dah tulis dalam tweet Jang, benda karnival, atmosphere, drama, komersil dan kontroversi ini adalah benda tiada yang boleh diadakan. Terpulang kepada bagaimana kita mahu mengadakannya. Bagaimana FA mahu membawa karnival, atmosphere, nilai komersil ini kepada perlawanan hujung minggu biasa? Bagaimana mahu mengekalkan momentum penyokong bermatian mahu tiket untuk tengok bola? Ini bukan roket sains, ianya semudah mencipta Proton Saga pada tahun 1984 iaitu tiru bulat-bulat dengan JV bersama Mitsubishi Jepun.

Pengadil berjaya hidupkan permainan

Apa lagi yang menjadikan perlawanan pada malam itu sangat mengujakan dan menaikkan emosi kau semua? Ya, beberapa keputusan pengadil Jang sendiri rasa tidak tepat seperti membatalkan gol 2 gol Perak TETAPI kontroversi itulah perencah maggi yang sangat penting. (kau try rebus maggi kosong tengok camna) Bagi Jang, pengadil bertindak sangat baik! hahaha! Jang juga sudah bosan melihat aksi sedikit sentuhan, pemain tergolek dan pengadil tiup wisel lalu perlawanan pun terhenti, walhal pemain hanya fake injury untuk melewatkan masa permainan. Stretcher dipanggil masuk, pemain diusung keluar,sampai luar padang, dia melompat bangun dari stretcher dan bersedia untuk beraksi garang semula. Nakharom! Tapi malam itu Jang sangat enjoy dengan aksi pengadil yang tetap meneruskan permainan, jadi rentak dan momentum game tidak terganggu, itu sebab perlawanan malam itu banyak aksi dan gol. Nampak? Cuba kau kira berapa banyak kali pemain jatuh, pengadil buat dunno, permainan diteruskan dan pemain tadi bangun semula meneruskan permainan? Memang ramai pengadil yang suka meniupkan wisel, nampak macam banyak buat kerja sikit tapi Jang kategorikan mereka sebagai ‘penganggu’ momentum permainan. Ramai juga pemain yang suka aksi jatuh dan mahu perlindungan lebih dari pengadil tapi itulah, setakat ini, perlindungan lebih hanya untuk CRonaldo dan Messi.

Jang berpegang pada prinsip lagenda jurulatih Kelantan, Mohamad Che Su; ‘Bola sepak adalah permainan orang jantan’. Malam itu, Jang sebak kerana dapat lihat aksi bola sepak orang jantan yang telah lama bersembunyi disebalik professionalisme bola sepak moden. Itulah bola sepak kita, bola sepak kampung, baju penuh lumpur dan bermain sehingga siapa kene gol akhir akan kalah. Tahniah Jang ucapkan kepada pengadil perlawanan. Aksi penjaga gawang tidak berdiri atas garisan adalah undang-undang yang selalu terlepas pandang. Macam kau memandu langgar lampu merah, bila kene tahan Polis, kau kata, tadi lampu kuning lagi. Polis pun lepaskan kau sebab malas layan. Aksi pengadil malam itu menjadikan final itu epik, percayalah! Kredit harus diberikan kepada beliau.

Tiket online/offline

OhTuhanku! Jang maleh nak bercakap hal tiket ini tapi takpa, Jang sentuh sikittttttt saja. Bila Jang terbaca satu tweet mengatakan di Indonesia 45,000 tiket dijual secara online, kenapa kita tidak boleh? Jawapannya di Indonesia itu untuk perlawanan Indonesia menentang Jepun. Sesuai la dijual online sepenuhnya untuk rakyat Indonesia. Jika ianya melibatkan diantara kelab Persija, contohnya, dijual dalam talian, kau ingat berapa ribu fans Persija akan beli? Berbalik epada final lepas, katalah kesemua atau jumlah besar tiket final malam itu dijual secara online (untuk nampak moden) kau ingat dapat tak separuh stadium warna kuning untuk Perak, separuh lagi putih untuk Ganu? Tak dapat Jack!

Jadi apabila ianya melibatkan perlawanan kelab/negeri/ maka cara paling tepat ialah Football Malaysia membahagikan tiket secara manual 40K kepada Perak dan 40K kepada Ganu dan diserahkan kepada FA masing-masing. Selebihnya 10K dijual dalam talian. Tugas FMLLP dah selesai disitu. Macamana FA Perak/Terengganu tadi nak jual atau bahagi kepada penyokong, ADUN, nelayan, PATI, Pengundi Hantu, setan jembalang, itu FA sendirilah uruskan. Kalau FA bagi lebih ke ADUN yang tak pernah datang stadium kau riot lah FA dan ADUN kau sampai mereka insaf. Tu je obat dia.

Untuk AFF Malaysia nanti, sesuai jika kesemua tiket dijual secara dalam talian. Test tengok camna.

Oklah, banyak lagi Jang nak meroyan ni tapi Jang bagi 3 dulu sebab ilmu ni kau takleh download sekali banyak sebab Jang bukan berfikir dalam talian tapi dalam kepala otak ni haa. hahaha. Ponek!

Apapun, ianya final yang sedap. Tahniah Perak FA sebagai juara dan Terengganu FA kerana menunjukkan kesungguhan bermain.

Jang,

Lelaki sebenar panjat pagar.

 

Gambar: Bernama