/FORUM PERDANA EHWAL BOLA

FORUM PERDANA EHWAL BOLA

Sebelum Jang meroyan panjang, elok Jang katakan disini bahawa tiada idea yang buruk. Idea adalah idea. Begitu juga dengan pendapat, tiada pendapat yang salah, malah semua orang ada pendapat mereka sendiri. Jika tiada idea yang buruk dan pendapat yang salah, maka apa?

Maka kita berforumlah.

Sebenarnya kita hari-hari berforum di sosial media cuma pendapat kita itu hilang di talian masa. Sekali lagi di sosial media, semua orang boleh bagi pendapat. Sampai satu tahap, pendapat itu sengaja diminta hanya untuk menampakkan respons sahaja. Hanya untuk RT atau sekadar menunjukkan kemeriahan. Tukar kurator lain, mereka tanya pendapat lagi. Setiap minggu begitulah.

Bila forum hala tuju bolasepak Malaysia diadakan dengan beberapa ahli panel yang dirasakan sesuai, Jang tak boleh tidak tetap rasa skeptikal. (Ingat! semua orang boleh beri pendapat dan tiada idea yang buruk)

Jang rasa seperti rancangan kafe sukan saja atau bola@mamak atau borak bola. Maksudnya, program-program itu tadi berbual pasal bola untuk siaran Astro. Ada demand, kita buat, Boleh jual, kita buat. Kita tukar topik setiap minggu. Kita jemput panel-panel yang sesuai. Akhirnya kita jual ke Astro dan buat duit.

Jang dah lama tahu pandangan Asmawi Bakiri atau Rizal Hashim, mereka selalunya akan beri pandangan yang selamat. Rambo pula akan radikal seperti yang kita harapkan. Kita kat bawah camno? Orang yang duduk diatas FAM camno?

Jang harap forum malam tadi tidak begitu. Boleh diadakan selalu, bukan kerana ada isu panas dan demand saja.  Bila sejuk nanti, kita kembali berforum di bola@mamak dan kafe sukan.

Ultrajang.com sentiasa menyokong sebarang perubahan dalam bolasepak Malaysia, tidak kira siapa yang membawanya berubah, samada melalui forum atau rusuhan.