April 26, 2024

HAK SIARAN LANGSUNG ADALAH HAK KITA!

3 min read

Bola sepak Malaysia ini tidak pernah sunyi dari masalah teknikal yang kecil-kecil sehinggalah besar. Masalah dalam padang, luar padang, dalam persatuan, atas teres sesama penyokong didalam stadium sehinggalah membawa keluar stadium dan masuk ke laman media sosial. Tetapi fikir semula, mungkin disitulah keseronokan bola sepak kita yang tidak ada pada liga lain dan walaubagaimana buruk sekalipun, kita hadapilah dengan seadanya.

Bola sepak kita kan wajah kita. Jika dah begitu wajah kita, takkanlah kita nak perasan wajah kacukan Pan-Asian pula.

Menariknya, masalah yang berulang-ulang dikitar semula itu adalah masalah yang sama. Masalah gaji, masalah kelemahan pengadil, masalah first touch, masalah long ball, masalah pengurusan, masalah pembangunan dan masalah mencari penaja. Dari tahun ke tahun kita disuapkan dengan cerita sama tanpa ada sedikit pun rasa malu atau muak. Menariknya, penyokong pun turut sama marah tetapi bersorak bila pasukan mereka menang. Adakah bola sepak kita hanya sekadar masalah dan menang? Kalah bermaksud ada masalah, sementara menang pula adalah gembira dan tiada masalah? Gila!

Kemudian kita mula bercakap hal-hal lebih sedap seperti menghantar pemain kita bermain di liga luar. (roll ma eyes)

Apa benda tak sedap je Jang cakap ni? Cepat la ke topik sebenar! Oklah, hal Hak Siaran Langsung ini Jang dah 2,3 kali tulis dalam laman web Jang yang bermaruah ini. Jang bagi semula link, agar kau lebih jelas dan faham. Ingat! jika membaca artikel pun malas, maka benarlah kita hanya suka tertumpu ke perkara tak sedap, bila ada benda sedap nak diterangkan, kau skip.

  1. https://www.ultrajang.com/2370-2/   
  2. https://www.ultrajang.com/perihal-hak-siaran-langsung-yang-kau-tahu-nak-marah-saja/ 

Realiti pertama kita harus ingat ialah, kita tidak banyak syarikat TV di Malaysia ini yang mempunyai kekuatan. Kita ada RTM, Media Prima dan Astro. Inilah 3 syarikat yang bergilir-gilir menanggung hak siaran langsung untuk kau semua tengok. Kau tau nak sedap dan free saja kan? Kemudian kita ada MP&Silva yang tidak diketahui hujung pangkalnya selepas ketiga-tiga syarikat TV utama gagal membida hak siaran langsung. Kemudian MP&Silva pun hilang.

Realitinya, syarikat TV adalah perniagaan yang berasaskan keuntungan dan komersil. Jelas, Maharaja Lawak lebih bersifat keuntungan, komersil dan mampu menarik berjuta rakyat Malaysia ketawa dihadapan TV pada malam minggu. Jika Jang ada syarikat TV, sudah tentu Jang akan pilih program yang mampu memberi wang kepada syarikat Jang. Tanggungjawab sukan kepada kau semua, Jang tutup sebelah mata lah. Takda pengiklan nak masuk waktu tu sebab hits dia rendah. Ini tidak lucu dan ini realiti.

Apabila penaja utama tarik diri, syarikat TV pula tidak mahu membeli hak siaran langsung, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh penganjur liga? Hmmm..dalam hal ini Jang suka sebutkan, kadang-kadang kita suka lari dari masalah daripada cuba selesaikan sendiri masalah tersebut. Apabila UAE belasah team kita 10-0, kita meroyan nak cari pemain naturalisasi, kononnya mereka ada size untuk shield bola. Apabila mutu pengadilan lemah, kita mula dengar cadangan ambil pengadil import. Apa kita ini memang bangsa lari dari masalah ke? Hanya tenaga luar berkulit putih sahajakah yang boleh bawa bola sepak kita naik dan jadi bermutu? Kulit sawo matang macam Jang ni takda idea? Lemah? Ketinggalan Keretapi? Non Tawazzun? Alku? Duduk bersimpuh atas bendul cari kutu?

Jadi, apabila syarikat TV Malaysia tidak mahu terlibat dengan hak siaran langsung bola kita, kita nak panggil SKY Sports ke?

Bagi Jang, tibalah masa untuk kita buat sendiri. Takda sapa nak taja? Kita penyokong keluar duit ramai-ramai dan taja. Takda TV nak kat kita? takpa, kita jangan jual muka kat mereka, kita buat TV kita sendiri. Kalau perlu streaming dulu, maka kita streaming. Kalau pengadil kita lemah, kita hantar mereka kursus sebulan di England (kalau pengadil England itu benar-benar betul la) Kalau naturalisasi pun sama saja kualiti dengan sediada, kita bagi pemain lokal lebih masa permainan untuk buktikan.

Jadi untuk hak siaran langsung pembawaan Syarikat Enervive ini, yang Jang sendiri pun belum pasti apa kaedah dan mekanismanya, elok kita sokong dan beri ruang serta peluang dahulu. Jika MP&Silva kita boleh beri (sebab mereka janji bulan bintang) takkan dengan syarikat anak tempatan kita nak berkira? Jika TV berbayar untuk EPL ,kita dahulukan bayaran, takkan untuk bola sepak kita, kita berkira sangat sen dan ringgit? Kita guna hak kita pada tempatnya.

Sengaja Jang letak hal-hal teknikal yang tak sedap dipermulaan artikel. Tujuan adalah untuk kita semua hentikan semua bullshit dan kita CUBA kaedah baru. Mana tau kali ini kita berjaya. Sebab kalau kau nak Jang bercerita hal bullshit, Jang berkemampuan untuk tulis 5 artikel sehari yang tak bawa apa-apa signifikan kepada kau, bola sepak dan terutama sekali, kepada kebijaksanaan Jang.

Period.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.