/Hala Mulia

Hala Mulia

Artikel sumbangan Saudara Amar Amir dari Briged Hadapan Tentera Gajah sekali lagi meninjau dari sudut sukar senario bolasepak negara. Bolasepak negeri korang elok je keee? Hantar pandangan anda ke ultrajangmag@gmail.com

Baru-baru ini dunia bola sepak tempatan digemparkan dengan kehadiran pasukan baru yang akan bertanding di dalam liga FAM bernama Real Mulia. Pasukan di bawah naungan Tengku Fahd Muadzam Shah ; salah seorang kerabat Pahang tak silap aku, ditubuhkan pada tahun 2014 dan mendapat inspirasi dari kelab terkenal Sepanyol, Real Madrid. Lebih mengujakan, Real Mulia mendapat sentuhan Yunuf Aliff sebagai jurulatih yang akan bekerjasama dengan Alistair Edward sebagai Pengarah Teknikal dan Rajagobal sebagai Penasihat Kelab

Menurut Yunus Alif, target Real Mulia di awal penubuhan ini adalah untuk mengasah bakat dan teknik anak muda yang berpotensi dalam bola sepak. Mereka juga tidak mengidamkan kejayaan segera, sebaliknya akan perlahan-lahan membina sebuah pasukan yang power dari akar umbi.

Aku sebenarnya respek dan kagum dengan usaha Tengku Fahd Muadzam Shah, Yunus Alif dan semua yang di belakang Real Mulia. Bukan ramai yang sanggup mengambil inisiatif sendiri untuk membangunkan bola sepak Malaysia. Nak mengharapkan FAM dan KBS semata, alamatnya, sangkakala dah bertiup pun, isu pemain sain kontrak ikut pintu belakang tak juga setel-setel.

Namun yang menjadi kemusykilan aku ialah kenapa dinamakan team ni Real MULIA? Part Real tu aku tak kisah sangat. Mungkin sebab ini team cetusan idea golongan istana, jadi nama Real, atau Royal yang bermaksud Diraja digunakan. Lagi pun stail juga. Nampak la macam nama kelab Eropah. Tapi part MULIA tu. Mendaaaa?

Aku masih tak faham kenapa tukang tubuh atau penaung kelab-kelab di Malaysia ni masih tak faham yang betapa pentingnya sense of belonging dalam memilih nama kelab bola sepak. Mereka tak nampak yang Real Madrid, Bayern Munich, Manchester City dan Spartak Moscow ni mempunyai fan sebab nama mereka melambangkan mereka mewakili tempat di mana kelab itu ditubuhkan dan sekaligus membuatkan penduduk tempat itu terpanggil untuk menyokong mereka.  Apa salahnya letak Real Pekan (bandar Diraja Pahang)ke  atau Real Bukit Setongkol ke atau Real Teluk Cempedak ke, atau apa-apa lah. Janji ada nama tempat.

Lagi satu, kenapa ambil kata adjektif berbentuk sifat sebagai nama kelab. Real Mulia ; siapa target penyokong mereka? Adakah orang yang merasakan diri mereka mulia akan automatik rasa mereka perlu menyokong Real Mulia? Dan kalau tak sokong, nanti memember dia akan cakap, “Ko ni mesti seorang yang tak berhati mulia kan?”.

Adakah lepas ni akan muncul  kelab-kelab lain berunsurkan adjektif sifat? Kelab-kelab seperti Baik Hati Rovers, Beriman Hospurs, Inter Mangkok, West Bengap Albion dan Pemalu United. Adakah akan muncul kelab bernama Bangsatlona yang akan menjadi rival kepada Real Mulia dan mencetuskan El Classico? Atau mungkin akan ada golongan mulia tetapi dari kalangan working class menubuhkan kelab Atletico Mulia? Peehhhh!

Selain itu, peminat juga akan mudah terkeliru untuk membuat pilihan pasukan kegemaran mereka. Sebagai contoh ; Din seorang yang manja, tegas dan cekap. Bagaimana dia hendak membuat pilihan sekira wujud pasukan Manja  La Coruna, Tegas City dan Cekaptinaikos? Adakah dia terpaksa sokong ketiga-tiga pasukan? Aduh, pening kepala Din memikirkannya. Dan lagi, sekiranya Din memilih untuk menyokong Manja La Coruna; yakni adjektif yang paling tepat mengambarkan dirinya dan Manja La Coruna bertembung pula dengan Kelantan ; yakni pasukan kelahirannya, pasukan mana yang harus dia sokong? Macam gini punya komplikated, baik aku layan liga snuker, getus hati kecil Din.

Ahhh, bola sepak Malaysia tidak pernah berhenti membuat kita tak kering gusi. Baik dari corak permainan sampai hal-hal luar padang. Walau bagaimana pun, langkah Tengku Fahd Muadzam Shah menubuhkan Real Mulia ini sangat aku sokong. Tolak belakang la hal-hal yang memeningkan kepala  dan menggelikan hati tu. Janji scene bola sepak tempatan lebih meriah dan kompetetif. Lagipun lebih molek rasanya nama Mulia jika nak dibandingkan dengan nama singkatan seperti PDM, SDE atau KDN kan? Lepas tu letak 2 dekat belakang. Pehhh akai ada ke? Ciao.

1zfpiu1

Apa salah Tok Gajah, Tok Bahaman dan Mat Kilau?