/Hamidin dan FAM

Hamidin dan FAM

Artikel kali ini adalah sumbangan saudara Faizkhuzairi dari II Regista. Tunggu kemunculan majalah bolasepak beliau nanti. Anda mahu coretan anda di keluarkan di UltraJangMag? Hantar ke ultrajangmag@gmail.com

Sesungguhnya tiada langsung pemisah di antara FAM dan masalah yang sekali imbas, mampu membuatkan kita semua ketawa. Kemelut-kemelut yang telah, sedang dan bakal melanda badan bola sepak tertinggi Malaysia itu seakan-akan berpotensi menggantikan Maharaja Lawak Mega sebagai satira lawak nasional bagi memenuhi selera lawak rakyat yang gila bola tak tentu hala ini. FAM, sedari penulis kecil hingga sekarang seringkali dikritik atas pelbagai faktor dan keputusan cetek akal mereka. Di Negara yang wang ringgit korporatnya melimpah-ruah, FAM masih lagi menganjurkan liga kelas ‘D’ Asia. Itu baru peringkat Asia. Kalau dunia, mungkin kelas ‘G’, ‘F’ atau mungkin juga kelas peralihan.

Pada saat artikel ini ditulis, kecoh di setiap media utama perihal penggantungan Gary Steven Robbat. Pemain asal Kulim itu telah dikenakan tindakan penggantungan dan denda sebagai hukuman di atas kebangangannya sendiri menandatangani kontrak dengan lebih dari satu pasukan. Jenis kesalahan bangang yang tidak pernah penulis jumpa lagi sbeelum ini. Ia mengingatkan penulis kepada isu Kenny Dalglish yang sampai sekarang bermasam muka dengan Roy Keane kerana menandatangani kontrak dengan Manchester United sedang di mulutnya, beliau bersetuju untuk ke Blackburn Rovers dari Nottingham Forest.

Tapi sekurang-kurangnya Keano tidak bodoh dan tamak untuk menunjukkan bangangnya menandatangani dengan dua pasukan pada satu masa. Cuma Dalglish yang bodoh sampai kerana naïf dengan pengurusan bola sepak tertinggi sehingga disailang kelab Inggeris terulung tersebut.

Berbalik kepada bangangnya FAM, penulis tertarik dengan isu hari ini di mana FAM diberitakan akan sekali lagi mengenakan tindakan sekiranya Gary Steven Robbat menjalani latihan bersama skuad JDT. Mengapakah bangangnya perlu sampai ke tahap ini? Untuk perbandingan, Luis Suarez yang digantung oleh FIFA pada Julai lalu tetap boleh menjalani latihan bersama kelab barunya iaitu FC Barcelona sehinggalah penggantungan beliau tamat Oktober lalu. Apakah FAM dan Pak Midin terutamanya lapar ke duit denda sebegini untuk diagih-agihkan sesame mereka?

Kes kedua ialah kes berkenaan Datuk Ong Kim Swee. Kes ini boleh membuatkan penulis marah. Ong Kim Swee pada penulis, adalah seorang individu yang sangat tabah dan cekal. Paling menyerlah mengenai sifat penyabarnya ialah apabila beliau mampu bertahan dan membawa sekumpulan pemain muda negara yang bakatnya agak bagus di peringkat Asia sebelum melihat dengan mata sendiri bagaimana pasukan-pasukan professional di Malaysia menjahanamkan bakat mereka. Hazwan Bakri, Tamil Arasu, Nazmi Faiz, Syahrul Azwari serta ramai lagi pemain adalah permata-permata yang digilap Ong Kim Swee. Sehinggalah sekarang, pemain-pemain yang disebut lebih aktif di Instagram berbanding di padang bersama pasukan-pasukan masing-masing. Renyuk!

Ong Kim Swee adalah jurulatih yang masih mempunyai kontrak yang sah dengan FAM, memegang peranan untuk melatih dan menggilap bakat skuad muda Negara. Mungkin setelah populariti beliau sedikit merudum di mata peminat bola sepak tempatan, FAM pun cuba secara halus mengusir OKS dari badan tersebut. Pertama, mereka mengarahkan OKS untuk bertukar menjadi pencari bakat.

Pencari bakat? Lembu mana yang muncul dengan idea jijik sebegini?

Beliau adalah jurulatih skuad muda Negara, sudah tentulah mencari bakat itu ada di dalam ‘job description’ beliau. Selain pemain muda yang beraksi dengan pasukan di dalam 3 liga tertinggi Negara, beliau juga perlu turun dan mencari bakat-bakat di liga belia dan presiden. Sebagai ketua jurulatih, selayaknya beliau diberikan pembantu dan ‘scouts’ sendiri yang akan secara regular memberikan laporan kepada beliau. Itulah kerjanya. Apakah maksud FAM dengan jawatan pencari bakat itu?

Jika mahu usir, usirlah cara jantan. Sepertimana David Moyes ‘diusir’ dari Carrington, misalnya. Kelab bayar pampasan kontrak, capai persetujuan, pecat! Semudah ABC, bukan?

Atau FAM tiada telur untuk membuat tindakan sedemikian rupa?

hamidin

Aaaaaaa…

TAGS: