March 29, 2024

Hari Ini Dalam Jadual

3 min read

Artikel kali ini adalah sumbangan saudara EncheMarchisio dari Seremban. Beliau tidak berniat mencari pasal, tapi itulah sudut sukar. Hantar artikel di ultrajangmag@gmail jika ada sesuatu yang mengusik jiwa bolasepak anda.

Salam 1 Bolasepak.

Liga dah nak mula. So aku nak tanye, kita penyokong ni dah sedia belom? Dah beli merchandise semua belom? Okay chill. Aku sebenarnye dah tak sabar nak tengok N9 main kt Liga. Tapi satu saje yang kurang syoknya disini. Ya aku nak cerita pasal jadual perlawanan Liga Premier ni.Semua tahu yang jadual perlawanan liga kita ni jatuh pada hari bekerja iaitu hari Isnin dan Jumat. Hari di mana mengikut HORENSO (budaya kerja) hari yang paling kurang atau tidak produktif. Itu cerita kalau orang kerja kat office la. Yela dengan Monday Blues la dengan kepala pikir nak weekend break semua bagai. Tapi aku masih lagi pelik dengan penjadualan liga ni jatuh pada 2 hari ni. Bukan nak pertikai atau tunjuk pandai tapi bagi aku FAM ni kene la bijak. Kenapa tak buat game hari Jumaat sampai hari Ahad setiap minggu? Ha, kt situ la datangnya bijak JKPT ni.

Semua orang tahu stadium kat Malaysia ni berapa kerat sangat kalau nk dibanding dengan Negara jiran di seberang sana. Kat Malaysia ni satu stadium kongsi sampai 2-3 team tu seolah normal. Setakat kes jadual bertindih tu kira kes terpencil. Tetapi jumlah stadium mini yang boleh memuatkan penonton Antara 1000-3000 ade. Cuma kurang ‘utilization’ (penggunaan). Bayangkan stadium mini yang ada di bandar-bandar digunakan sepenuhnya dan pengguna stadium tersebut ialah dari kelab-kelab yang boleh dikatakan ‘fanbase’ mereka kecik, aku rase la kan, kelab yang guna stadium tu akan dapat fan mereka sendiri (tolak tepi kelab mcm Real Mulia tu). Ye aku bercakap kelab macam ATM, Sime Darby dan lain-lain. Secara logiknya dua kelab ni boleh mendapat ‘fanbase’ mereka sedikit demi sedikit dari penduduk tempatan dan ia boleh membentuk jenama kelab tersebut dan melahirkan sense of belonging terhadap kelab tersebut.

Berbalik kepada jadual perlawanan, banyak perlawanan liga premier jatuh pada hari bekerja. Ade yang main petang dan ade yang main pada waktu malam. Masalahnya di sini, ialah kehadiran penonton ke stadium boleh dikatakan agak kurang kalau nak dibanndingkan dengan perlawanan yang jatuh pada hujung minggu. Cuba kita tgk jadual Liga Eropah, BPL misalnya kebanyakan jadual jatuh pada hujung minggu dan ada juga perlawanan jatuh pada midweek (tak banyak seperti hujung minggu). Kalau ada pon perlawanan pada pertengahan minggu, itu hanyalah melibatkan perlawanan timbal balik Piala FA, Piala Liga atau pon pindaan jadual perlawanan dari tarikh yang sepatutnya(yang tidak melibatkan banyak kelab). Jadi bagi aku xsalah sekiranya FAM melalui JKPT sendiri memlbuat perancangan awal atau pon perancangan rapi dalam menyusun jadual perlawanan. Hal ini sedikit sebanyak meningkatkan produktiviti pasukan yang bermain sekali dalam seminggu dan sedikit sebanyak dapat merehatkan pemain serta mengurangkan masalah untuk pasukan yang bermain pada peringkat Asia khususnya. Selain dari itu kita semua tahu yang liga tempatan ni lebih banyak rehat daripada bermain. Sekiranya perlawanan liga dijalankan pada hujung minggu maka amat mudah untuk penyokong untuk ke stadium dan ia sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan pasukan hasil kutipan tiket.

Maka bagi aku, JKPT wajar menilai semula jadual perlawanan yang berlangsung 2 kali seminggu. Hal ini kerana ia sudah menjadi semacam ‘trend’ di mana ada perlawanan liga dan Piala FA, selepas itu habis kedua perlawanan tu ade pulak ‘musim’ untuk Piala Malaysia (yang dok heboh prestijnya tapi kalau menang bukan boleh pergi Asia pon). Bagi aku tak salah kalau Piala Malaysia dibuat dengan format kalah mati dekat situ baru nampak ‘thrillnya’ kejohanan tersebut.Bendenye tak salah kalau dilaksanakan. Antara nak atau tidak sahaja
-EncheMarchisio-

images

Adakah jadual di susun oleh Astro?

Jeng! Jeng! Jeng! (UltraJang)

0Shares

1 thought on “Hari Ini Dalam Jadual

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.