/Hari Ini Dalam Sejarah

Hari Ini Dalam Sejarah

Ramai tak tahu;

Pada tarikh 9/7/1958, ketika negara belum setahun menghirup udara segar kemerdekaan, Barcelona FC telah mengirim sepucuk telegram meminta pasokan Negeri Sembilan datang ke Sepanyol untuk satu perlawanan persahabatan bersempena dengan pembukaan dan perasmian stadium Nou Camp.

Jemputan itu adalah sebagai tanda hormat Barcelona FC kepada pasukan Negeri Sembilan yang terulung di rantau Asia pada ketika itu. Dipercayai Barcelona FC berminat untuk belajar ilmu bolasepak Nogori yang sangat luar biasa pada masa itu, Tikir Takar (Berfikir dan berakal dalam menghantar bola)

Negeri Sembilan tanpa berfikir panjang terus membalas telegram itu, menyatakan terpaksa menolak jemputan atas sebab menghormati jadual liga tempatan (mengikut jadual, kene lawan Melaka).

Melaka je pun! tapi spirit menghormati pasukan lawan dan jadual, Negeri Sembilan yang terkenal dengan budaya menjunjung adat sanggup melepaskan peluang itu. Bukan glamer yang dicari, Negeri Sembilan percaya peluang untuk keluar negara akan menjelma juga nanti.

Lagipun, perbelanjaan untuk keluar negara pada masa itu sangat tinggi dan persatuan tidak sanggup menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya untuk tujuan yang kurang penting. Barcelona FC membalas telegram itu semula dan menghormati keputusan Negeri Sembilan. Semenjak itu, Negeri Sembilan dan Barcelona FC menjadi rakan pasukan yang baik.

p/s ; Terima kasih Muzium Bolasepak Negeri atas arkib rahsia ini.