April 26, 2024

#HariMakanNegara : Kita adalah Gladiators yang makan untuk terus hidup.

3 min read

Ramai tak tahu, hari ini adalah #HariMakanNegara. Hutang kalori yang banyak terbakar sabtu lepas perlu dibayar semula hari ini dengan kalori juga. Tahun depan pada Sabtu pertama bulan Oktober, kita ramai-ramai bakar balik.

#HariMakanNegara disambut setiap 364 hari setahun.

Banyak program dalam negara kita ini bertujuan baik dan sangat murni tetapi perlaksanaannya samada tidak pergi jauh atau kita tak nampak sangat. Jang pernah tulis dulu dalam satu artikel, dan akan ulang semula disini, banyak program dijenamakan semula tetapi perlaksanaannya gagal. Contoh mudah, program TAK NAK merokok adalah penjenamaan semula daripada kempen Anti merokok yang dicanang bertahun lamanya. Kedua kempen ini tidak pernah mengeluarkan satu statistik pun menunjukkan peratus orang yang berjaya berhenti merokok disebabkan kempen tadi.

Berjaya atau gagal kempen TAK NAK merokok tidak dipantau sehalusnya tapi duit iklan dah berjuta habis.

Program Rakan Muda juga sudah dijenamakan semula. Dijenamakan ini ada dua tujuan, pertama, untuk kembali menghidupkan semula kempen sebelumnya yang layu tidak sempat kembang dan kedua, mendapatkan dana. Part dana ini lah yang laju, menjadi dan kembang bagai dibaja setiap hari. Golongan muda dan rakyat marhaen senantiasa menjadi pemain yang dimainkan berulang kali untuk tujuan tertentu.

Kita tak jauh beza dengan gladiators yang dipaksa bertarung dizaman empayar Roman. Gladiators ini terdiri dari hamba abdi, orang susah dan golongan sosial rendah. Gladiators bertarung nyawa untuk keseronokan golongan menengah dan bangsawan sambil disorak oleh rakyat Rome. Antara tujuan pemerintah Rome mengadakan ‘sukan’ ini adalah untuk melekakan rakyat mereka dari kesusahan hidup, sementara golongan pemerintah tadi terus hidup mewah.

Teknik yang sama digunapakai kerajaan komunis China kepada golongan mahasiswa mereka. Kegembiraan hidup, disko dan dadah melupakan mahasiswa China dari memperjuangkan demokrasi. Medan Tiananmen tidak bergolak lagi. Mahasiswa China lebih rajin menyebut Ecstasy dari demokrasi.

Ultrajang.com sentiasa menyokong sebarang usaha menggembirakan dan menyehatkan rakyat tetapi lebih suka jika kaedahnya lebih serius. Mengambil seorang dj berbadan berat dan berjiwa lucu menjadi ikon bukan satu kaedah serius. Memuatnaik gambar melakukan push up atau di gym juga tidak membantu. Bersukan di media sosial tidak akan mengeluarkan peluh atau membakar kalori.

Aktiviti sukan paling sesuai diserap secara serius (dengan tambahan waktu yang banyak) sewaktu sekolah rendah. Apa aktiviti dan pembelajaran pun paling sesuai diajar secara latih tubi sedari kecil. Tak kisah la hal sukan, cara memandu dengan sopan, kenegaraan atau seni. Kanak-kanak yang membesar mengenal Latiff Mohidin akan membantu dengan lebih baik perkembangan seni halus dari mengenal artis AF. Contoh mudah, kita lihat bagaimana Korea Utara merasuk minda kanak-kanak kecil disana mendewakan pemimpin mereka. Kim Jung Un batuk pun rakyat mereka menangis melolong risaukan kesehatan beliau.

Sehingga sekarang mereka masih percaya Korea Utara menang Piala Dunia lepas dengan mengalahkan Amerika 1-0 hasil gol Kim Jung Un.

Bersukan adalah aktiviti yang addictive, sama seperti memancing atau merokok. Walau apa pun alasan yang kau ada, kau cuba berlari dulu setiap hari selama seminggu. Lari slow saja, nanti bila kau dah kene ‘taik’ dia, kau akan menggigil bila tak dapat berlari. Cubalah!

Sementara itu, bersempena dengan #HariMakanNegara jangan lupa ambil gambar apa kau lunch hari ini dan upload di fesbuk dan twitter dengan hashtag #Alhamdulillah.

Macam kau selalu buat selama 365 hari tu la.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.