/Harimau mati meninggalkan tahi.

Harimau mati meninggalkan tahi.

Pablo Aiman mengkaji dan mendalami kesihatan Harimau Muda sehingga FAM sanggup menghantar mereka kembali kedalam hutan dan hidup serta mencari makan secara sendiri selepas lama makan bersuap semenjak kecil. Adakah mereka akan terus hidup atau dibaham oleh pemangsa lain yang lebih ‘bookie friendly’? Teruskan membaca. -( Jang editor kuku besi )

Sebab sebenar mengapa harimau muda dibubarkan – oleh Pablo Aiman

Entah dua hari atau tiga hari yang lepas FAM isytiharkan skuad harimau muda dibubarkan. Maksudnya harimau muda A, B dan C kesemuanya sekali dibubarkan. Brader menteri belia dan Sukan, KJ dah lama sokong idea pembubaran harimau muda sejak beliau makan gaji sebagai menteri belia dan sukan, dan suaranya itu dah lama dia beritahu dekat FAM. Cuma FAM tak dapat buat kata putus lagi pada ketika itu, sehinggalah FAM melantik pegawainya untuk mengkaji dan menilai baik buruknya harimau muda ni.

Idea di sebalik FAM bubar harimau muda yang aku dapat hadam adalah seperti berikut:-

1. harimau muda ialah program cungkil bakat dan pembentukan skuad bola sepak negara bermula dari usia muda yang diusahakan dan diselia diperingkat pusat (FAM).

2. selain bakat dan pembentukan mereka diasah melalui latihan, bakat dan pembentukan mereka diasah melalui perlawanan kompetitif iaitu diserapkan dalam liga tempatan atau luar negara, atau disuruh berlawan dalam sukan sea.

3a. selepas harimau muda dibubarkan pemain-pemain harimau muda (anak harimau) hendaklah kembali kepada kelab atau persatuan negeri pemain masing-masing. Yang ni yang tak berapa best didengar sebab aku tak pasti ada ke tidak kewajipan mutlak mana-mana kelab atau persatuan negeri wajib ambik anak-anak harimau muda ni untuk dipelihara sampai jadi harimau besar, yang mana kalau mereka ini gagal, abai atau cuai ambil anak harimau tu mereka boleh kena tindakan berupa denda atau gantung. Yang ini takde dalam kenyataan pihak FAM.

3b. Lagi satu kelab atau persatuan bola sepak negeri ni kadang-kadang jadi kemusykilan jugak, iaitu anak harimau tu kena pergi ke kelab ke atau persatuan? Atau kalau negeri tu ada lebih dari satu kelab, kelab mana yang wajib ambik anak harimau ni?

3c. Lagi satu isu ialah ada kelab atau persatuan bola negeri ni tak berapa nak ambik budak baru sebab duit tak berapa ada nak buat program asah bakat atau sebab pengurusan yang berterabur. Akhirnya FAM sendiri yang rugi bila bakat-bakat muda jadi terbantut untuk kouta skuad harimau malaya ke Piala Asia dan Piala Dunia.

4. pada aku benda kat perenggan 3a, 3b dan 3c kat atas itulah yang menjadi faktor paling berat FAM nak bubar harimau muda ni.

5. dan akhir sekali, pada hemat aku, faktor paling mudah untuk FAM buat keputusan bubarkan harimau muda ialah sebab hampir 10 tahun program harimau muda ini dilaksanakan, pencapaian skuda harimau muda A, B dan C tidak mengujakan langsung. Takat menang liga bangladesh tahun 2015 tu langsung tidak memberi makna besar sebab semua orang tahu bangla memang tak reti main bola dan liga bangla tu bukanlah liga bola sepak sebenar.

6. tetapi faktor ketahian di perenggan 5 di atas, pada hemat aku, tidak dihighlightkan kepada media sebagai faktor utama atau salah satu faktor untuk membubarkan harimau muda, kerana hendak menjaga air muka FAM yang gagal merencanakan program harimau muda.

7. Apa yang aku perati, FAM memberi alasan utama pembubaran harimau muda ialah untuk memberi banyak pilihan untuk FAM mencari/menilai/mengambil bakat-bakat baru lain di seluruh malaysia (yakni tidak terjumud kepada pilihan pemain dalam harimau muda A, B dan C sahaja), untuk memberi banyak pilihan lain untuk program bentuk bakat kepada pemain-pemain muda, dan untuk membiarkan bakat-bakat muda bergelumang dalam kelab/persatuan bola sepak negeri dahulu sebagai tempat belajar bola sepak mereka.

Kesimpulannya, kalau dah terpaksa bubarkan jugak harimau muda disebabkan faktor di perenggan 5 di atas, FAM sebenarnya mempunyai pilihan formula lain untuk mengefisyenkan program harimau muda dengan meniru sampel ‘program harimau muda jepun’ yakni meletakkan senarai 200 orang pemain paling berpotensi dalam program harimau muda dan kemudian rencanakanlah program yang power-power untuk mereka dari segi latihan, pemakanan, jati diri dan perlawanan. Mungkin FAM dah rasa boring dengan harimau muda sejak mula dibentuk pada 2007 dan malas dah nak
repair kerosakan program harimau muda ni.

– Pablo aiman.