/HM-U23 | Kita Tak Layak Ke Asia, Salah Siapa?

HM-U23 | Kita Tak Layak Ke Asia, Salah Siapa?

Sesekali Jang akan beri peluang kepada semua pembaca untuk menghantar artikel tulisan mereka sendiri. Mungkin ramai yang mepunyai buah fikiran masing-masing dan tidak mampu lagi menyimpannya. Luahkanlah! Jang sedia mendengar. Mari kita baca luahan isi hati seorang jejaka bernama Alep yang begitu kecewa dengan kegagalan pasukan U23 layak ke Bangkok.

26 Mac 2019, Malaysia 2-2 China.

Maka tamatlah sudah riwayat perjalanan skuad bawah 23 tahun negara kendalian Dato OKS. Dan maka dengan ini bungkam jugalah hasrat kita untuk sekali lagi tengok pasukan kita main di Olimpik ala ala Ola Bola dulu. Dan bila dah bungkam hasrat nak ke Olimpik, maka KPI F30 yang dipukul canang FAM pun serta merta dan dengan jayanya gagal untuk dicapai. Tapi biar lah Alep tanya korang, kalau pun pasukan kita layak, adakah korang semua puas hati dengan gameplay dan kualiti yang ditonjolkan pemain kita, kalaupun kita dapat tumbangkan China malam semalam, adakah Liga M akan diakui lebih hebat daripada CSL yang semua sedia maklum lengkap serba serbi infrastruktur dan tak pernah (jarang lah) ada kes player tak bayar gaji? Ah kalau nak sembang banyak tak cukup artikel ni, kena masuk artikel lain pulak.

Tapi disini Alep ingin menekankan (dan kau orang dijemput untuk sama sama setuju atau tidak setuju, tapi jangan lah bash, biarlah ada perdebatan yang sihat) bahawa dan secara jujurnya kita mampu untuk layak dengan jaya dan gayanya tapi itulah, peluang yang berderet tak dimanfaatkan, bila peluang tak dimanfaatkan, opponent akan hukum dan bila opponent berjaya menghukum kesilapan kita maka kempunan lah kita. Kita ada 3 instances untuk layak, 3 senario berbeza, kalau lah salah satunya mampu dicapai…..

Menang lawan China

Senario atau jalan paling sukar nak dicapai tapi kalaulah anak buah OKS mampu buat upset malam semalam, Alep yakin yang seluruh Malaysia pasti akan mengalami euphoria, hysteria, malaria, astro ria dan yang sama waktu dengannya. Kita semua tahu bahawasanya China yang kini bukanlah China yang dahulu, pemain mereka besar besar belaka dan mempunyai fizikal yang tinggi dan sedap. Dua gol yang kita lepaskan pun semuanya daripada tandukan, tapi yang menjadi ralat besar untuk Alep adalah kecenderungan dan mentality pemain kita untuk terus sit deep dan terus tutup kedai.

Bahagian tengah pula dibiarkan kosong lagi lagi lepas kita dapat gol kedua. Harus diingat, kalau lawan kita ni taraf Asia Tenggara, mungkin taktik ini berkesan, bagi Alep upset lawan Korea Selatan dan Arab Saudi haritu pun adalah one-off victory. Alep sebenarnya tak berapa berkenan dengan mentaliti cepat puas hati ni sebab bila kita biarkan lawan pegang bola, secara tak langsung benteng pertahanan terpaksa menyerap asakan demi asakan dan sampai bila ja kita mampu bertahan? Incoming goals are most likely probable bila kita bermain dengan cara ini, waima Stoke City dan Burnley pun pandai untuk kawal bahagian tengah, sepatutnya itulah yang kita buat. KAWAL BAHAGIAN TENGAH DENGAN TENANG. (Sorry Alep tidak tenang)

Kalau lah kita lebih tenang, mungkin rembatan Dinesh akan masuk gol, mungkin gol kedua atau pertama China dapat dielakkan, mungkin OKS akan dilamar kelab besar Eropah ebab boleh tapau Guus Hiddink. Alep faham kenapa Hadi Fayyadh masih berada diatas padang sebab kalau kita keluarkan dia adakah sub kita mampu untuk menyaingi pemain China? No offence to Nik Azli, dia bagus, tapi lawan Laos haritu pun dia tewas fizikal. Kenapa OKS tak tukar player? Alep faham, ingat lagi Sukan Asia? Game lawan Bahrain tu? Inilah masalah terbesar Malaysia, jurang antara First 11 dengan bangku simpanan terlalu jauh jurang, tak perlu tengok jauh, tengok game masa lawan Laos haritu pun dah cukup. Nak cakap pasal reff, hmm jangan cakaplah, cukuplah mulut Alep terkumat kamit penuh zikir malam tadi

Filipina menang lawan Laos

Kalaulah Filipina lebih disiplin pada 10 minit terakhir, dah tentu penduduk Malaysia sekarang dah berpesta. Filipina lead 2-0 lawan Laos by half time, tapi entah kenapa pemain Filipina secara tiba tiba dan tak semena-mena dirasuk semangat Tottenham Hotspurs. Kalaulah mereka gagal untuk kalah, mungkin Malaysia sudah pun beroleh bekal 3 gol dan duduk dengan selesanya di tangga kedua antara 4 pasukan kedua terbaik. Mungkin masih ada sisa sisa ketidakpuasan hati dalam kalangan pemain meraka dengan gol Mickey lalu terus menjahanamkan perlawanan tersebut (Mungkin lah, ini Cuma teori konspirasi)

Menang dengan jaringan 3 gol ke atas lawan Laos

Bagi Alep inilah faktor terbesar yang memulakan rangkaian domino senario-senario diatas. Kenapa lawan Laos pun begitu susah kita nak makan? Adakah kehebatan Laos ini disebabkan oleh V. Sundramoorthy yang begitu masak sekali dengan corak permainan, perangai dan tabiat pemain pemain dalam liga M? Bagi Alep peranan head coach diatas padang itu tidak lah sebesar mana, kalau tak masakan pasukan Guus Hiddink boleh seri dengan kita? Paling tidak 4-0 tu.

Kemunculan Thivandran dan Daniel Haqim serta Nik Azli dalam perlawanan ini sangat mengecewakan Alep sebenarnya. I mean come on, a game against minnows where you are expected to stamp your authority and win big, a supposedly easy game yang mampu menaikkan moral dan keyakinan kita. Tapi sayang, masing masing gagal untuk mempamerkan aksi terpuji. Bayangkan lah dalam perlawanan tu Laos boleh kawal bahagian tengah dan mereka pula yang nampak lebih berbisa bila menyerang! Laos! Nik Azli gagal untuk bersaing secara fizikal, gagal mencipta banyak peluang atau memanfaatkan peluang yang terhidang lantaran kemarau servis dan hantaran daripada midfield. Tengah lompong, kurang berdisiplin, banyak silly mistakes dan banyak hilang bola, inilah perlawanan yang Alep boleh anggap worst out of 3. Thivan tu rasanya boleh dikira berapa kali ja dia hantar bola ke depan dan Alep yakin dia lebih banyak hilang bola berbanding menghantar bola, mungkin gugup agaknya beraksi didepan penonton yang ramai, maklumlah biasanya main kat tournament luar (AFF) tak ramai penyokong datang tengok.

Begitulah masalah squad depth kita yang makin menjadi jadi sejak kebelakangan ni, striker utama tu pun… hmmm… sampai sekarang masih lagi tertanya tanya apa yang orang Jepun ni semua nampak pada diri dia. Alep harap beliau akan berkembang menjadi seorang penyerang yang disegani kalau tidak senasib sajalah kamu dengan Thamil Arasu, Izzaq Faris dan Afiq Azmi . Begitu kritikalnya keadaan pasukan kita sehingga OKS terpaksa mencampak kapten Pawi untuk menyelamatkan keadaan. Mujur freekick dia masuk, kalau tak? Mungkin artikel ini akan lebih sadistik dan kritikal.

Jadi salah siapa kita tak layak ke Asia ni? Salah pengadil yang “buta” dalam perlawanan menentang Laos dan China? Salah format kah sebab perlawanan terakhir kumpulan bermula lewat? Salah Pak Arab kah sebab masing masing dah setting supaya seri untuk humban kita keluar? Salah Filipina kah sebab tak disiplin? Salah V. Sundramoorthy kah sebab latih Laos? Salah penyokong kah sebab tak meramaikan stadium?
Jawapannya Alep rasa korang semua dah tahu

“Malaysia ini seperti pasangan kita sendiri, marah atau terkilan macam mana pun akhirnya kita tetap sayang dan sokong dia” – Alep

Sekian luahan Alep buat semua penyokong tersayang.

By: Alif Azizan

Psst..Gambar Alep cilok dari GOALdotCOM kot?