/Hong Kong 2-0 Malaysia (Matchday 3 Kelayakan Piala Asia 2019)

Hong Kong 2-0 Malaysia (Matchday 3 Kelayakan Piala Asia 2019)

4-6-0. Canggih betul formation yang Nelo Vingada gunakan untuk perlawanan ini. Sebabnya, hanya memiliki 1 penyerang tulen iaitu Darren Lok. Itu pun tak cergas sepenuhnya. Hazwan Bakri dan Shahrel Fikri pula alami kecederaan. Maka terpaksalah tiru formation Sepanyol ni.

 

Meletakkan skipper, Safiq Rahim sebagai false 9, dengan Safawi Rasid, Syazwan Zainon, dan Baddrol Bakhtiar di belakangnya. Atas kertas nampak macam ada harapan nak main cantik, namun untuk kesekian kalinya, terasa suam dahi den dikencing mereka.

 

First and foremost, den sangat tak setuju kalau ada yang mengatakan Harimau Malaya tewas kerana Safiq dilayangkan kad merah. Kalau dilihat semula, ketika Safiq berada di atas padang, tetap tiada gerakan yang betul-betul berbahaya dihasilkan. Sudah tentu media arus perdana akan gunakan perkara ini sebagai headline mereka. Tak pun, ‘Ketiadaan penyerang punca Harimau tumbang’. Tapi untuk yang menyaksikan perlawanan malam tadi dengan mata hati, pasti sedar dan akui memang pasukan kita hanya picisan.

 

Yang den nampak masa perlawanan malam tadi, pemain kita macam hilang arah bila menyerang. Seakan-akan tak tahu nak pass ke mana, nak lari ke mana. Bila dah pass, teammate pulak tak lari. Bila nak pass, teammate tak bagi option, maka back pass lah pah ceghoh. Apabila Safiq turun sedikit untuk membantu merencanakan permainan, false 9 yang menggantikan dia pulak hilang arah. Bukan lah nak puji sangat Safiq, tapi takkan semua benda dia nak kena buat? Takkan la sampai gendang penyokong pun dia nak kena palu? Apa yang lain tu semua baru belajar main bola ke?

 

Kalau bab bertahan pulak, macam senaaaaaaaaanngg je naturalisasi Hong Kong tu membolosi barisan pertahanan skuad kebangsaan kita. Macam tanpa perlu bersusah-payah. Orang Senaling cakap, ‘effortlessly‘. Dah la tak perlu bersusah-payah nak masuk, bila dah masuk, tak dikawal pulak. Mujur tengok perlawanan malam tadi bersama keluarga, tak dapat la nak hambur kata-kata nista. Basah bibir ni malam tadi dengan istighfar.

 

Selain itu, pemain Harimau Malaya den lihat seakan-akan sentiasa a step behind dalam apa jua kategori malam tadi. Bukanlah mereka tidak mencuba untuk bermain ‘petang-petang’ macam kita selalu cakap, cuma dengan mudah Hong Kong akan pressing menyebabkan pemain kita kehilangan bola. Perkara ini den rasa la, berpunca daripada tempo liga kita yang agak perlahan berbanding perlawanan antarabangsa. Pemain kita baru nak tahan bola, terpacul dah seorang naturalisasi Hong Kong depan mata. Maunya tak terkejut. Apa lagi? Back pass lah kita! Apabila pemain kita cuba untuk merampas bola, terlalu lah susah. Mungkin mereka lebih rela jawab soalan matematik tambahan SPM berbanding nak merampas bola daripada pemain Hong Kong. Ini contoh, kau jangan nak lurus sangat!

 

Kesian den tengok Nazirul malam tadi. Selepas Safiq dilayangkan kad merah, dia macam terpaksa bermain 3 posisi. Full back, center back, dan juga left wing. Terutamanya ketika bertahan. Nampak macam dia kelam-kabut. Dah kawan-kawan lain macam buat tak reti je nak defend, macam mana la member tu tak menggelupur? Winger punya orang dia kena tutup, orang dia nak kena jaga, striker Hong Kong pulak center back buat macam tak nampak je. Simpati pulak rasanya dekat dia.

 

Pemain Malaysia yang pada den menyerlah tadi walaupun sekejap, ialah Safiq, Nazirul, dan Wan Zack. Ada ketika selepas Akram Mahinan dimasukkan, kesemua pemain Kedah yang berada di dalam padang macam ‘in sync‘ dan berjaya menenangkan keadaan. Tapi sekejap je la. Lepas tu macam biasa balik.

 

KESIMPULAN :

Pemain kita mungkin tidak begitu selesa bermain formasi 4-6-0 tadi. Pada den, guna je la Darren Lok tu dari awal. Bila dah pancit nanti, letak la Baddrol jadi false 9. Rembat je dari jauh. Daripada tak ada percubaan langsung? Daripada tak masuk kotak penalti langsung? Baik la try dari jauh. Den yakin Baddrol pun suka je rembat dari jauh. Dan Safiq lebih sesuai bermain di belakang false 9 tadi. Run from deep dia agak bagus kalau kita tengok dekat JDT. Passing pun boleh kata power jugak. Tapi benda dah jadi. Den pun bagi cadangan ikut yang den nampak. Tak semestinya den betul. Kalau Jang lain, dia sentiasa betul. Ingat tu!

 

Kita kena akui bahawasanya perjalanan kita masih jauh. Kalau nak tapau Asia Tenggara pun sampai cramp kaki, senak perut, inikan pulak Asia. Apatah lagi Piala Dunia. Betul tak? Jadi, mahu atau tidak, liga kita kena lebih kompetitif. Kompetitif macam mana? Biar lah pengurusan fikir. Kalau den nak kena bagitahu jugak, baik den yang menguruskan!

 

Mengikut tweet Dez Corkhill, Malaysia perlu 4 mata dalam baki 2 perlawanan selepas ini. Menentang Korea Utara dan Lubnan. Mungkin boleh. Tiada yang mustahil dalam bola sepak. Harapan kena dihidupkan. Tapi kalau dahi korang rasa suam je nanti, jangan lah salahkan den pulak. Ini peringatan!

 

Vingada masih lagi memburu kemenangan pertamanya bersama Harimau Malaya. Perlukah lebih masa diberi? Adakah kemenangan tersebut akan tiba dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2019 ini? Den tanyo yo, takdo maksud lain pun.

 

P/S : Sekarang ni pukul 1 pagi, cuba korang tengok headline media arus perdana esok berkenaan perlawanan ni, samo tak macam den ramalkan kek ateh tu?

*Gambar diperoleh daripada AFC.

Sekian,

Ingat #greatness, ingat Kid.

 

 

 

 

Kongsi artikel ini: