/Ini hal eropah, kau mana tau.

Ini hal eropah, kau mana tau.

Ramai tak tahu, kelayakan secara play-off Eropah ini dicipta untuk memberi peluang kepada kelab-kelab lemah seperti Club Brugee mencuba nasib mereka untuk bersama kelab elit eropah lain dipentas bolasepak sebenar. Kalau pasukan kau play-off pun tak layak, makno eh, kelab kau tu lagi lemah dari Club Brugee la, Ini matematik mudah.

Dalam play-off ini pula diletakkan beberapa kelab elit, seperti Manchester United, untuk memberi sedikit rasa kepada kelab lemah tadi suasana eropah sebenar. Inilah keindahan bolasepak sebenar.

Pagi tadi, Manchester United menang mudah keatas Club Brugee 3-1. Itupun 1 gol Brugee itu dihadiahkan oleh Carrick, pemain tua United. Hal gol sendiri ni, macam Jang cakap lepas, adalah halal dan sah. Yang haram ialah gol yang dijaringkan dan diraikan walaupun pada kedudukan offside. (jangan ingat Polis Ultrajang tak siasat gol offiside Benteke!)

Baca rules offside kat sini https://en.wikipedia.org/wiki/Offside_(association_football)

Sementara itu, dekat dipadang kita, Jang dapat laporan berlaku kekecohan apabila sekumpulan penyokong Kuala Lumpur membaling suar kedalam padang apabila pasukan mereka kalah pada Kuantan FA semalam. Kalau tak silap Jang, Kuala Lumpur FA akan turun liga jika mereka kalah lagi diperlawanan akhir mereka nanti menentang NS Matrix. Pada Jang membaling suar dan menceroboh padang adalah sesuai sebagai tanda protes terhadap kelemahan pasukan kita. Mengikut rekod Jang, sebagai Polis Bolasepak Dunia, pasukan Kuala Lumpur ini memang dalam perhatian untuk kes-kes ‘meragukan’.

Adakah nasib Kuala Lumpur bergantung kepada belas ihsan Jang-Jang NS Matrix?

Alahai…main liga FAM pun ok juga.

Follow facebook page Ultrajang di  https://www.facebook.com/pages/UltraJang/1493178727638655

Ah! kau benda camni pun nak kene ajar!

Kongsi artikel ini: