/Ini hal Malaysia, kau kene tau

Ini hal Malaysia, kau kene tau

Tak manis kalau kita bercerita hal-hal yang bukan hal pada hari ini. Hari ini adalah Hari Malaysia. Apa yang kita semua tahu pasal Hari Malaysia? Ya, betul, ianya hari penyatuan Tanah Melayu bersama Sabah, Sarawak dan Singapura lalu membentuk satu negara yang kita semua cintai, Malaysia.

Jang nak kita ketepikan hal bola pada hari ini. Terutama hal bola luar dari bumi Malaysia, kecuali kejayaan pasukan JDT menentang South China. Marilah kita muhasabah semula sikap kita pada negara ini. Fikirkan, apakah sumbangan kita pada negara? Jika ada, walau sedikit, baguslah tetapi jika tiada, malah memunahkan lagi Malaysia…pun bagus juga. Kadang-kadang sikap memunah kita itu memberi impak positif juga. Contohnya, ultras punahkan kerusi tempat duduk estadio de Shah Alam, impak positifnya, stadium Shah Alam akan anugerah kontrak mengganti semula kerusi yang rosak kepada kroni bumi.

Ini namanya pembangunan ekonomi domestik. Jangan ingat Jang tak tau hal ekonomi.

Tapi ada satu benda yang Jang selalu dengar yang buat Jang rasa nak suap saja suar ke mulut orang yang bercakap begini;

“….seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak!” – dah seluruh Malaysia tu, tak payah la sebut termasuk Sabah dan Sarawak. Kau bebal sangat kenapa?

Itu je pesan Jang pada Hari Malaysia ini.

Selamat Hari Malaysia!

Kongsi artikel ini: