March 29, 2024

Ini Paroi Jangan Main!

2 min read

Perlawanan pertamo NS Matrix di stadium Paroi semalam berlangsung meriah. Kemain ghamai orang datang, tak silap sekitar 30 ribu penonton. NS Matrix mudah mengajar bebudak ITM dengan kemenangan bergayo 2-0. Sapo score? Doe la..Doe a Deer. Duo gol Doe jaringkan. Orang kato, semenjak makan gulai Semilang salai ni, Doe semakin hebat menjaringkan gol.

Sebona eh apo punco bebudak ITM ni nak main bola liga Perdano? Takdo asignment ko? Bebudak ITM ni Jang donga semenjak di naik taraf ke Universiti ni, liar mereka semakin menjadi. Pandang rendah pado kito, kato kito ni student Matrix , dio siswa U. Marah kalau tak panggil mereka dengan gelaran SISWA, kemain! Jang tau bona ragam budak Itm ni, tak payah la kau nak jobo.

Bukan Jang tak tau kek Shah Alam tu ado warga tuo Surau setiap minggu buek operasi membanteras maksiat di kalangan pelajar Itm. Mereka pantau 7Eleven supayo jangan jual kondom, terutamo semalam dan hari ini, sobab peratus pelajar Itm yang sambut hari Kekasih ni tinggi. Tak kesian ko kek wargo tuo yang dah pencen ni? Mereko patut duduk berehat layan anak cucu, poie surau beribadat, tapi dek perangai bebudak Itm ni yang goma buek hal, mereka terpakso ambil tindakan sendiri memantau punco-punco maksiat.

Jangan la nak nafikan hal ni. Semuo penduduk Shah Alam tahu la. Apo? takdo kono mengono dengan pasukan UITM FC? yo ko? Boto la ni? urmmm…. err…

Tapi semalam, selepas lamo berehat dan berdondam dengan teres stadium Paroi, ultras nogori betul-betul lepas goram, chanting dengan drumline yang padu. Kemain merdu suaro memasing, terutamo part solo capo. Punyo la lunak, mencurah hujan turun membasahi bumi Paroi. Ini UN9 jangan main! Terima kasih ultras!

Boto ko cerito budak Itm tadi takdo kono mengono dengan UITM FC ni? laaa haiii.maap la.

DSC03310

Kek Paroi semalam. Rugi ko tak datang!

0Shares

2 thoughts on “Ini Paroi Jangan Main!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.