April 20, 2024

Jang budak Kodah

2 min read

Ketika Jang menulis artikel ini pada jam 1.00 petang, Jang dapat info pemain Kedah masih meraikan lagi gol jaringan mereka semalam. Punyalah seronok meraikan gol sampai tak sedar bola dah ada ditengah padang dan pengadil sudah pun meniupkan wisel untuk sepak mula. Ketika PKNS menyumbat gol, masih ada lagi seorang dua pemain Kedah berpelukan hangat dengan pegawai pengurusan ditepi padang.

Tuuu diaaaa, sumbat gol dah PKNS bak hang! Awat hang leka peluk sakan ni? Nak pi Mekah kaa?

Tugas pengadil adalah mengadili perlawanan dan sebarang keputusan pengadil adalah muktamad. Tetapi dalam banyak kejadian pengadil membuat keputusan yang tidak disenangi oleh pemain dan mungkin juga melakukan kesilapan. Biasalah tu, pengadil juga manusia macam kau ni, hanya ada 2 mata dan satu mulut, kadang-kadang mereka melakukan kesilapan la. Tetapi pengadil telah merujuk ke pembantu pengadil diluar padang dan juga penjaga garisan. Membenarkan jaringan gol PKNS adalah satu keputusan pengadil yang dibuat selepas mendengar penjelasan pihak berwajib termasuk pegawai perlawanan. Itulah, keputusan pengadil wajib diterima kerana ianya muktamad ( atau musibat)

Kedah layak keperingkat separuh akhir dan dinasihatkan melakukan latihan meraikan gol selepas ini. Setakat gol freekick keeper tak buat apa-apa usaha nak selamatkan bola, tak payah la nak gembira sangat aih, malu nampak kat orang kampung. Lepas tu nak prostes sungguh-sungguh nak pi mana? pi ligan bola la.

Sementara itu, Singapura mengakhiri musim 2015 dengan menang keatas Pahang 2-0. Walaubagaimanapun, Singapura terkeluar dari pertandingan kerana perbezaan aggregate menyebelahi Pahang. Bukan terkeluar sikit, terkeluar terus dari liga Malaysia. Power betul Pahang ni. Hal Pahang hantar surat ke FAM dan FAM ke FIFA masih misteri. Hamidin dah buat kenyataan dan kronologi secara rasmi dilaman FAM, Pahang FA ada buat kenyatan secara rasmi atau hanya di akhbar dan twitter? Hal surat/emel atau fax ini kalau ada dibuat, mestilah ada carbon copy atau bukti emel telah dihantar.  Tetapi bukti semudah itu tidak pula ditunjukkan. Mujur surat kita semua pergi ke Pos Malaysia, kalau ke Wisma FAM, sampai akhirat la tak sampai-sampai surat.

Kekalahan JDT kepada Felda United bukti Isa Samad bukan sebarangan orang kita boleh perkecilkan. Jika Isa Samad mahu, dia lakukan! Felda dibawah bimbingan kapten Shukor Adan memang power walaupun stadium mereka nun jauh di Temerloh. Isa Samad kalau dia mahu Piala AFC, dia boleh beli la! Apa ada hal! Tapi dia mengambil pendirian merendah diri dulu. Osah handa eh Isa Samad.

Sementara itu, Jang buka kepada semua pembaca untuk menulis bersama Jang di ultrajang.com dan semua artikel akan disiarkan tanpa prejudis. Hantar artikel anda ke emel ultrajangmag@gmail.com dan jangan risau, belum ada emel yang hilang dari mailbox Jang.

Ingat! Bolasepak Hang, Wajah Hang

Hmmmm..lama betul Jang tak balik kampung kat Jitra.

0Shares

1 thought on “Jang budak Kodah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.