April 25, 2024

“Jangan bawa bolasepak kedalam kancah politik” – kata ahli politik yang bawa politik kedalam bolasepak

3 min read

Pendapat harus diraikan dan tidak ada pendapat (atau idea) yang salah. Yang salah jika pendapat itu diberikan dengan ikhlas tetapi mempunyai kepentingan tersembunyi (atau diragui keikhlasannya). Bolasepak harus dimainkan, bukan dipolitikkan tetapi apabila ahli politik yang menerajui bolasepak, tentu saja bolasepak boleh dijadikan agenda politik. Pelik bunyinya apabila ada ahli politik berkata “Jangan campurkan hal bolasepak dengan politik” tetapi dalam masa yang sama menunggu peluang menjadi presiden FA.

Sejarah bolasepak tanahair bersama politik ini Jang ada tulis dalam artikel https://www.ultrajang.com/pencaturan-bolasepak-negara-melodibola/

Kemelut politik dan bolasepak di Kedah mengundang Professor Han Oryza untuk mengulas sedikit akan senario ini. Bagi Jang, hala tuju bolasepak kita tidak boleh diubah lagi kerana ianya telah ‘saka’ berakar dalam budaya masyarakat kita. Sama macam politik!

Boleh atau Tidak Kerabat Diraja & Politikus dalam Bola Sepak Malaysia? – Han Oryza

Sejak bola sepak Malaysia semakin mundur, muncul ramai peminat bola sepak di luar sana yang amat membenci FAM sesungguh hati. Kalaulah Yahudi itu di tangga pertama, mungkin saja FAM duduk di tangga kedua sebagai entiti paling dibenci peminat bolasepak Malaysia.

Apa yang membuatkan ramai membenci FAM ialah hal lantikan anak beranak kerabat diraja dalam hierarki bola sepak negara yang tidak mendatangkan kemajuan apa-apa. Jadi hukum membenci FAM bagi seorang pencinta bola sepak Malaysia sudah jatuh wajib. Bukan sunat muakkad lagi. Apatah lagi harus.

Lantas FAM pun dimaki macam-macam. Dibuatkan tifo., dinyanyikan lagu bangsat, dibaling suar, dicabut habis segala bangku dan kerusi stadium dalam melampiaskan kemarahan. Kemudian, muncullah idea supaya mengharamkan golongan monarki atau politikus daripada menyandang apa saja jawatan dalam pengurusan bola sepak tempatan.

Hmm, sekilas pandang, alangkah murni dan luhurnya idea tersebut. Pasti setiap kita terbayangkan situasi bagaimana agaknya bola sepak kita tanpa campur tangan sang monarkis dan politikus.

Anehnya, bila negeri dia diterajui kerabat diraja, terus saja hilang idea murni tersebut. Bila MB dia automatik jadi Presiden FA, terus saja menikus seraya menggaru telur. Hatta langsung dipuja dan dijulang si polan kerabat itu ini dan politikus itu ini di serata negeri jika pasukannya berjaya. Tapi, bila pasukan melingkup, macam biasalah. Salahkan FAM, Presiden dan istana.

Umat manusia sekalian,

Sikap double standard begini sangat bahaya kerana boleh membiakkan ramai fasis sesat dalam bola sepak. Ingat, bola sepak yang kita sayang bukan saja sedang diserang manipulator di kalangan gerombolan sponsor, tapi turut dibelenggu masalah fasis bola sepak. Fasis bola sepak ialah kumpulan peminat atau pengurusan bola sepak yang perasan ideologi mereka saja betul dalam membangunkan bola sepak. Mereka cakap tak serupa bikin dan cenderung menyalahkan pihak lain.

Jadi persoalan besar di sini; boleh atau tidak kerabat diraja dan politikus terbabit dalam pengurusan bola sepak kita?

Jawapannya; kenapa pula tidak boleh?

Apakah golongan kerabat diraja dan politikus tidak boleh minat bola atau menguruskan pasukan bola? Kalaulah satu hari nanti aku jadi Perdana Menteri, apakah menjadi satu dosa untuk aku yang sememangnya power bola untuk menguruskan pasukan Jang? Jangan kata aku, kalau Bezita sekalipun mahu memimpin mana-mana pasukan bola, ia bukanlah satu kesalahan pun sebenarnya. Salahkah Bezita minat dan uruskan pasukan bola hanya kerana dia penduduk Saiya?

Akan tetapi mengaku minat saja tidak cukup untuk kau memimpin pasukan bola sepak. Ia mesti datang dengan meritokrasi. Ya betul, kau minat bola, tapi kau mesti tunjukkan tahap pencapaian. Mesti ada objektif. Mesti sukses. Dan jika semua itu gagal, mesti keluar secara terhormat. Ini orang panggil sedar diri. Real gentleman. Ada harga diri. Bola sepak mesti diukur secara merit! Tidak ada kuota-kuota.

Malangnya, apa yang dihadapi pengurusan bola sepak kita ialah wujudnya situasi kecut telur apabila jawatan tertinggi FA/FAM dianggotai kerabat diraja atau politikus. Bila diminta bagi pendapat, lidah jadi terkucil. Bila ada perkara patut dibantah, dibisukan saja.

Situasi paling keji yang sedang kita hadapi sejak sekian lama ialah MB yang secara automatik dilantik sebagai Presiden FA. Kemudian MB tersebut terpaksa pula automatik melepaskan jawatan Presdien FA apabila dia bukan lagi MB walaupun secara merit pasukan di bawahnya berjaya. Sebaliknya, seorang MB itu kekal sebagai Presiden FA (walaupun prestasi pasukan jahanam) hanya kerana dia seorang MB yang secara automatik jadi Presiden FA.‎

Bayangkan situasi di Kedah sekarang. Mukhriz terpaksa lepas jawatan Presiden KFA kerana dia bukan lagi MB. Sekarang Presiden baru ialah Ahmad Basyah. Lagi 2 tahun selepas PRU14, katakan Pas menang, maka ditukar pula Presiden KFA (Pas). Kemudian, kena pula MB tersebut digulingkan Pas Team B, ditukar pula kepada Presiden KFA (Pas-Team B).‎

Setannnnnn!!!!

Nota: Tapi MB Jang ok..cuma dia sibuk tugas hakiki – Jang

0Shares

2 thoughts on ““Jangan bawa bolasepak kedalam kancah politik” – kata ahli politik yang bawa politik kedalam bolasepak

  1. Minat yang penting jang walau kencing tikus tahap kronik bila dgn rakyat.Melaka waktu bawah pimpinan Ali Rustam hancur luluh tapi dek kerana Idris Harun minat diekori rapat oleh yusuff mahadi cucuk rapat dlm FAM maka Melaka naik Liga Perdana dan final main kat Melaka.Gila kau Melaka lawan Perlis final main kat Melaka tak main kat tengah2.Walaupun hari2 maki idris harun pi beli barang takde beg plastik mampuih lah janji org tau melaka ada team bola.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.