/Jangan letak masalah politik diatas bahu pemain bola – vice versa

Jangan letak masalah politik diatas bahu pemain bola – vice versa

Sukan bola sepak telah lama diiktiraf sebagai sukan penyatuan umat manusia tanpa mengira bangsa dan agama dan ianya telah banyak kali terbukti. Walau berbagai fahaman dan kepercayaan politik, semuanya ditinggalkan diluar stadium. Walau berlainan agama, masih boleh bermain dalam satu pasukan, saling menyokong dan meraikan dengan berpelukan. Begitulah indahnya sukan bola sepak.

Pemain bolasepak telah dididik untuk bersikap professional dalam mencintai sukan tersebut. Mereka akan diadili jika bersikap kasar, diberi amaran, dilayangkan kad dan jika terus mempamerkan kebencian dan keganasan, akan diarah keluar padang dan digantung. Ini disiplin dalam membentuk dan menjaga keindahan serta keamanan dalam bola sepak.

Bayangkan jika disiplin dalam padang ini kita guna pakai kepada pemimpin politik dan kerajaan dunia. Mesti dunia akan aman. Mana-mana pemimpin yang cuba melakukan penindasan akan diberi amaran dan jika terus berdegil akan diberi kad merah lalu digugurkan dari menjadi pemimpin. Beautiful!

Tidak manis kita memboikot sesuatu pertandingan sukan kerana masalah yang ditimbulkan oleh kebencian politik sesuatu bangsa dan kaum. Bola sepak adalah lambang penyatuan dan sepatutnya kita gunakan sukan ini sebagai platform menyampaikan mesej kepada kerajaan (atau apa-apa badan bertanggungjawab) tentang keindahan penyatuan, disiplin dan cinta. Bola sepak tidak pernah memulakan perang tetapi perang pernah terhenti kerana bola sepak! (ekau kalau rajin membaco,akan jumpa cerita ini)

Hal Rohingya atau sebarang penindasan agama dan bangsa bukan hal baru semalam berlaku. Ianya berlaku secara meluas diseluruh dunia semenjak berpuluh tahun lamanya. Kenapa kita nak mengelabah secara tiba-tiba? Sebab hal agama? Kemon! Orang mabuk pun akan berdiri dan bangun menentang jika mereka tahu agama mereka dihina. Faham? Kita dah lama diketawakan kerana memboikot McDonalds dan kemudian sekarang makan semua benda tanpa rasa bersalah. Kita memang telah lama diketawakan kerana usaha sehangat taik ayam selama ini. Sedarlah diri, jangan terlalu cepat gunakan agama dan membawa Tuhan turun untuk mengadili tindakan kita. Ada kamu faham?

Afkos tak faham kan sebab penggunaan InsyAllah pun kau main sebut saja.

Jang sayangkan keamanan dan cintakan agama tetapi Jang suka melihat dan menjaga kejiranan Jang dahulu. Jang nasihatkan janganlah terlalu berharap dengan kuasa ahli politik dan jangan bagi mereka modal berpolitik. Paling penting dan tolong sedar diri tentang dua benda ini;

1. Penindasan dan peperangan (dalam dan luar negara) berlaku dan ahli politik kita belum dapat selesaikan dengan baik walaupun pergeseran diantara baju merah dan kuning – itu belum campurtangan ASEAN lagi.

2. Bola sepak kita hancur sebab ahli politik. Bukan setakat ketika memboikot sukan olimpik sahaja malah turun temurun dihancurkan oleh ahli politik.

0hh ada satu lagi;

3. Kita bukan bangsa yang pandai dan sabar dalam memboikot!

Jadi berharap kepada ahli politik dan memangsakan sukan bola sepak adalah satu kesilapan dan carilah alternatif lain yang kita mungkin pandai dan sabar, bukan boikot.

p/s : Punyalah tak sedap dan takda apa nak diulas game Malaysia semalam sampai Jang terpaksa berborak hal keamanan dunia padahal itu kerja Amerika.

#SaveRohingya #SaveMalaysia

Kongsi artikel ini: