April 19, 2024

Jawapan untuk semua permasalahan bolasepak Malaysia bukan di Wisma FAM

2 min read

Amboiii amboi amboiiiiii..Jang tengok kemain rancak umat manusia berbual tentang bolasepak Malaysia. Analisis lah, statistik lah, ranking lah, bual bicara lah, RT lah, petua lah…semua ada. Semua nak mengulas!

Ada yang pakai kaki dan ada juga yang pakai jari. Tak kisahlah. Semuanya baik-baik belaka.Tapi adakah ini petanda bagus untuk bolasepak Malaysia? Jangan harap! haha. Semua itu untuk kepuasan peribadi masing-masinglah, cuma nak bagitau, jangan hairan kalau semua ulasan dan kritikan tidak diendahkan oleh pihak berwajib seperti FAM dan sewaktu dengannya. Jangan terkejut andai kata kita ada jawapan untuk semua permasalahan bolasepak ini pun, kita tidak akan dilayan oleh mereka.

Pernah fikir kenapa tak?

Sebagai Polis Bolasepak Dunia, Ultrajang dah siasat hal ini. Ultrajang dapat info first hand dari dalaman FAM sendiri. Kalau Ultrajang hebahkan kepada dunia, ada kemungkinan FAM sendiri yang akan minta keluar dari Malaysia. Kalau FAM dah keluar Malaysia, ingat bolasepak Malaysia akan terus jadi baik? Passing terus tepat? shooting terus gol? Kau ingat FAM tu satu kuasa jahat yang mengawal kebijaksanaan pemain bola supaya menjadi bodoh? Evil macam Saruman dalam cerita Lord of the Rings?

Tapi kenapa kita nampak FAM macam tak mahu bolasepak kita maju? Ultrajang pun dah siasat perkara itu sambil menjamah Kuew Tiau didepan Wisma FAM semalam. Dah kurang sikit rasa kuew tiau tu tapi itu cerita anak tekak.

Jawapan kepada persoalan kenapa kita nampak FAM seperti tidak mahu bolasepak kita maju adalah… kalau Jang bagitau nanti nampak Ultrajang.com ni macam Beautifulnara pulak. Bersabar wahai anak muda! nanti Ultrajang akan bongkarkan!

hmm… sementara itu, korang teruskan berdiskusi sampai sahur di laman bola lain.

Ultrajang.com mengucapkan selamat berpuasa kepada semua peminat bolasepak Malaysia. Jangan tanya pemain NFDP B-13 yang menang 6-3 lawan B-15 Spain semalam puasa atau tidak. Kebanyakan pemain bola bagus diperingkat eropah memang tak puasa. Macam Ozil. Kau main liga kelas D kene la puasa.

 

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.