March 29, 2024

JAWATAN KOSONG : 1 LELAKI BIJAK DIPERLUKAN

2 min read

Klasik juga FAM buat iklan jawatan kosong di akhbar mencari ketua jurulatih kebangsaan B-23. Tanggungjawab yang perlu dipikul oleh calon yang terpilih nanti juga bukan main berat;

‘Menerajui segala aspek teknikal dengan sasaran pingat emas Sukan Sea 2017. Termasuk dan tidak terhad kepada pemilihan dan persediaan pemain, pengurusan program dan implementasi, perkembangan pemain, pemantauan dan penilaian’

‘Bertanggungjawab membantu FAM didalam menyediakan pelan jangka panjang bagi pencapaian aras tinggi bolasepak, memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar didalam kemahiran kejurulatihan aras tinggi dan bantuan taktikal dan teknikal kepada jurulatih belia’.

Dahsyat!

Jang ingat jurulatih turun padang bagi arahan saja, bagi corak dan taktikal pada pemain. Hal kecergasan ada jurulatih lain yang uruskan, hal lain orang lain buat, hal pelan jangka panjang ada pengarah bolasepak uruskan dan segala macam hal lagi la. Kalau semua letak atas bahu jurulatih, letih juga tugas ini. Tapi takpa, kita lihat pula kelayakan yang diperlukan untuk seseorang itu boleh memohon jawatan keramat ini;

  1. Kene ada lesen lejurulatihan UEFA/AFC
  2. Ada pengalaman kebangsaan dan antarabangsa
  3. Kene faham kaedah terkini blablabla
  4. Boleh buat analisa pemain dan lawan
  5. Boleh blablabla (gameplan)
  6. Tahu bolasepak moden, undang-undang terkini dan kesannya pada bola tempatan
  7. Jujur dan steady
  8. Boleh cakap melayu dan inggeris.

Perghh! Selepas melihat kriteria kelayakan ini Jang rasa susah nak jumpa lelaki yang boleh menepati kesemua kehendak jawatan ini. SIlap-silap takda siapa yang layak nak apply. Alex Ferguson pun tak lepas ni. Bekas jurulatih sebelum ini pun tak mungkin ada kesemua kriteria diatas. Mungkin standard FAM kali ini tinggi demi mencapai bolasepak tertinggi (emas sukan Sea 2017)

Mungkin juga nanti muka yang sama juga yang dipilih FAM dan muka itu satu kelayakan pun dia takda kecuali lesen. Iklan ni macam nak menampakkan ketelusan dan kerja atau lebih buruk, calon itu sudah ada, iklan ni buat syarat aje.

Jangan la!

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.