April 20, 2024

JDT : JoHaRa Di Tajikistan

3 min read

Johor Darul Takzim dinobatkan juara piala AFC 2015 selepas menang tipis 1-0 keatas FC Istiklol di Tajikistan semalam. Kedua-dua pasukan layak ke perlawanan akhir atas tiket FIFA yang menggantung Kuwait dari meneruskan sebarang pertandingan dibawah kendalian mereka. Menariknya, kedua-dua pasukan ini telah kalah dalam separuh ahir pertama mereka menentang kelab dari Kuwait. JDT kalah 3-1 dalam separuh akhir pertama pada Qadsia FC sementara Istiklol kalah 4-0 kepada Kuwait Sporting Club.

Adakah kemungkinan kedua pasukan ini TIDAK layak ke perlawanan akhir jika Kuwait tidak digantung FIFA? hmmm..

Apapun, itu semua sudah ditentukan olehnya. JDT telah pun dinobatkan sebagai juara AFC Cup dan mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia yang memenanginya semenjak ianya diperkenalkan pada tahun 2004. Bergembiralah ‘orang Johor’. dan selayaknyalah ‘orang Johor’ merayakan kejayaan ini. Tak kisahlah hal pengantungan FIFA terhadap Kuwait, JDT memang layak menjadi juara juga atas kekuatan pasukan mereka. Sapik Rahim juga dinobatkan sebagai MVP pada kejohanan itu. Hebat…memang hebat.

Ultrajang.com mengucapkan tahniah kepada JDT, Sapik Rahim dan semua ‘orang Johor’.

Seperti selalu, bila kejuaraan telah didalam genggaman, maka muncullah berbagai cerita dan ceriti tapi yang berjaya menarik minat Jang adalah bila Radio EraFM mengumumkan esok program #JoHaRa akan bergelar JDT Pagi Era.  OH TUHANKU!

erafm

Sebelum Jang pergi jauh biarlah Jang bagitau satu benda, Jang bukan benci dengan pelawak atau Johan, malah Jang respek dengan Johan dan semua pelawak lama. Ebby Yus Jang respek habis. Kalau pelawak lama dulu ada Wak Sir dari Kelantan yang sangat power dizaman 80an. (Masa tu kau sperma lagi) tetapi melibatkan lawak dan pelawak dalam bolasepak serta radio ni Jang kurang setuju. Jang dah tulis hal ini dalam beberapa artikel lepas, antaranya  https://www.ultrajang.com/media-lidah-bercabang/

Kenapa bolasepak Malaysia dilawakkan? Kenapa rakyat Malaysia begitu mudah dihiburkan dengan lawak setiap pagi?

Hari itu Jang tertengok di TV Malaysia (TV9) sebuah program bernama Kaki Bola. Kalau tak salah program ini dulu dj Kieran yang mulakan. Tapi hari itu tetamu jemputan adalah Syed Adney, penjaga gawang PDRM dan seorang pelawak baru yang berbadan besar/ obese/ gemuk yang Jang tak tahu nama dia. Dia ok, dia cool. Pengacara lagilah bua-buat cool duduk kat sofa dengan gaya rambut panjang berlakon iklan TV.  Menjadi jemputan juga diprogram itu adalah ultras Boys Of Larkin or whatever. Entah apa tujuan program ini dalam memajukan bolasepak dan mental orang ramai, Jang tak jumpa. Yang Jang nampak Syed Adney pun rasa menyesal hadir ke program macam tu.

Banyak lagi program bola tempatan yang bercorak hiburan di TV yang langsung tak best atau menyumbang kepada minda dan bolasepak. Memanjang buat lawak, lucu dan ketawa. Baik yang berbahasa melayu atau inggeris. Hanya sedikit program yang memberi info. Satu pun takda bincang secara serius hal penswastaan, hal perpindahan pemain, hal persatuan, hal gaji dan sebagainya. Oklah Kafe Sukan setakat ini paling baik sebab ada Rizal Hashim yang berwibawa dan tetamu jemputan yang tepat.

hqdefault

Tetapi mungkin bagi korang semua ini adalah ok. Kalau ok maka oklah dia. Ini pendapat peribadi Jang saja. Kalau kau orang rasa pagi-pagi perlu mendengar lawak dan ketawa menggilai, baru kau rasa kehidupan ini sangat bernilai, maka itu pilihan masing-masing. Kalau kau rasa minah dan jantan kaki halus bercakap gelak ketawa atas sofa sambil pegang bola boleh membantu kau mencintai bola, teruskan lah. Takda Jang suruh berhenti pun. Mungkin juga idola korang adalah dj radio swasta melayu, maka selera itu masing-masing.

Sebab radio pilihan Jang adalah radio klasik FM. Bila lagu Ahmad Jais berkumandang, perghhh..menangkap jiwa.

Tapi paling penting, yang juara adalah JDT dan terpulang kepada ‘orang Johor’ bagaimana bolasepak mereka mahu diraikan. Kalau Nogori Sembilan, Jang akan pastikan radio negeri FM saja yang boleh dan jika ada radio swasta cuba nak mengambil kesempatan atas bolasepak Nogori, Jang akan lancarkan boikot.

hmmmm…

0Shares

7 thoughts on “JDT : JoHaRa Di Tajikistan

  1. Sokong jang. Kaki bola banyak si pengacara jer brcakap pastu gelak² macam lawak sangat. Tetamu yang si player banyak diam & gelak terpaksa. Den pernah tengok masa diorang panggil Khalid jamlus. Tanya 1 soalan pastu penyokong chant. Ntah pape. Soalan plak banyak arah peribadi jer.

  2. 🙂 terima kasih dan suka dengan terma ‘orang Johor’ tu..lebih ikhlas, real dan berpijak di bumi yang nyata dari ‘Bangsa Johor’. Selamanya ni pun memang aku mintak somebody raise this up…cukup setakat ‘orang Johor’…Johor bukan setakat JDT dan bola sepak….makan soto, mee bandung muar kt sana pun sedap :p kan…orang nesmilan, keep it up!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.