/JDT Terlebih Sensasi, Felda United Sedia Hebat

JDT Terlebih Sensasi, Felda United Sedia Hebat

Masih belum terlambat Jang nak up artikel sumbangan Han Oryza dari Jepun ini. Bacalah..

1. JDT ialah juara Liga Super 2015. Tetapi kehebatan Harimau Selatan sepanjang kempen lalu tidaklah terlalu ke depan mengatasi dua pencabar utamanya, Pahang dan Selangor.

2. Jentera serangan JDT paling kurang efisien dengan jumlah jaringan cuma 36 gol, berbanding tiga tim di bawahnya, Pahang, Selangor dan Terengganu. PDRM di tangga ke-6 liga pun lebih banyak jaringan (42 gol).

3. Namun, JDT satu-satunya tim Liga Super paling kurang bolos (18 gol).

4. Felda United pula berkongsi jumlah jaringan yang sama dengan JDT (36 gol) sepanjang kempen liga.

5. Pada masa sama, Felda United ialah tim kedua paling kurang bolos (26 gol) mengiringi JDT, menandingi tiga pasukan di atasnya, iaitu Pahang, Selangor dan Terengganu.

6. Di sini jelas sekali kekuatan JDT dan Felda United sebenarnya seimbang. Kedua-duanya jenis bengap nak skor, tapi power ketika bertahan.

7. Pertembungan satu lawan satu JDT-Felda United dalam liga pula seimbang. Aksi pertama di Larkin, JDT menang tipis 1-0, manakala aksi kedua, Felda United menang 2-1 di Selayang.

8. Peringkat kumpulan Piala Malaysia 2015, JDT nyata tidak tercabar. Mengungguli Kumpulan B dengan rekod tanpa kalah dan jumlah jaringan kedua terbanyak, 14 gol – kurang 1 gol berbanding Kedah.

9. Felda United pula terpaksa bergelut hebat dalam Kumpulan C untuk dapat slot ke suku akhir sebelum menemani juara kumpulan, Selangor.

10. Tapi jangan lupa, Felda United bukan saja satu-satunya pasukan Kumpulan C yang tewas sekali, tetapi mampu menewaskan Selangor selaku juara kumpulan itu. Malah, mengekang The Red Giants seri tanpa jaringan di Shah Alam.

11. Mari kita lihat pula fakta Piala Malaysia tahun lalu. Felda United yang cuma berstatus Naib Juara Liga Premier 2014, tiba-tiba membelasah Selangor 4-0. Ingat, Selangor ialah Naib Juara Liga Super 2014!

12. Piala Malaysia tahun itu, Felda United turut mengejutkan JDT di laman sendiri pada separuh akhir sebelum tewas tipis secara agregat di Larkin.

13. Jadi, tak ada apa pun yang mengejutkan mengenai kekalahan JDT. Sememangnya rekod Felda United menunjukkan mereka ialah tim yang mampu membuat kejutan. Dan rekod JDT yang sangat powerrrr itu cuma gembar-gembur belaka.‎ Sensasinya berlebih-lebihan.

14. Lagi satu, sindrom ‘menang cup’ bukanlah perkara asing dalam dunia bola sepak. Tanyalah Chelsea. Sebab itu gelaran ‘juara Asia’ tidaklah membantu apa-apa, cuma membawa punah kepada JDT.

15. Cilaka apa aku ulas panjang-panjang pasal JDT ni?

‎- Han Oryza –

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsi artikel ini: