April 25, 2024

Jerebu tidak sesuai untuk long ball – FAM

1 min read

Sebagai lelaki sebenar yang sukakan keindahan langit yang membiru, udara yang segar dan matahari yang kuat memancarkan sinarnya, Jang betul-betul tertekan dengan suasana berjerebu sekarang. Entah ahli neraka mana la yang memulakan pembakaran terbuka secara melampau ni. Pemimpin kita yang bijaksana pula asyik menasihatkan kita supaya kurangkan aktiviti luar rumah dan banyakkan minum air kosong. Tahan nafas Jang nak memaki nasihat macam ni.

FAM memutuskan perlawanan Piala Malaysia hujung minggu ini akan ditentukan oleh bacaan IPU jerebu. Jika jerebu teruk, perlawanan akan dibatalkan/tangguhkan. Jika pagi ok,petang pun ok, malam masa nak main dia teruk balik, camno? Ini jerebu bukan sekolah punya. dia ikut angin. Pemain pun kadang-kadang tendang bola ikut tolo.

Tapi Jang fikir jerebu memang tak sesuai dengan corak permainan long ball kegemaran pemain kita. Masa terang bulan pun mereka passing jauh dan penat kejar bola, masa jerebu lagi la teruk nanti, jadi elok batalkan saja.

Sementara itu Jang dapat maklumat, ada dalang yang sengaja sabotage Dollah Salleh, Malaysia kalah 10-0, ultras bakar suar tidak mendapat tentangan polis dan FAM digegar. Semuanya hanya kerana mahukan kerusi panas FAM. Adakah maklumat ini benar? Jika benar, maka ada yang mempergunakan perjuangan ultras untuk tembolok sendiri.

Kasi jerebu hilang dulu, bila clear nanti Jang siasat lagi.

Ingat! kurangkan minum air kosong dan banyakkan aktiviti luar rumah – Menteri Pasola

0Shares

2 thoughts on “Jerebu tidak sesuai untuk long ball – FAM

  1. Elok la dibatal, takut ada yg terlanggar tiang masa kejar bola long ball tahap home run. Pemain Malaysia ni bukan main punya handal kalau menyepak, jauh ke bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.