/Jika Liverpool itu PAS, Arsenal memang MIC, Chelsea perangai DAP…UMNO?

Jika Liverpool itu PAS, Arsenal memang MIC, Chelsea perangai DAP…UMNO?

Dalam hikayat Jang menghentam parti politik Pas (baca: Liverpool) belum sekali Jang gunakan kaedah bergurau politik.

Sebab ianya terlalu buruk.

Politik, terutama senario politik di Malaysia ini, terlalu buruk untuk dikaitkan dengan bolasepak, lagi-lagi dengan pasukan buruk seperti Liverpool. Jadi bila KJ secara spontan bergurau mengatakan menyokong Liverpool sama seperti menyokong Pas, mereka tak pernah menang apa-apa, Jang tak boleh nak ‘telan’ sangat. Nak menaik je darah Roy Keane Jang ni. Walau Jang sama kem (bolasepak) dengan KJ tapi Jang bukan ‘yes man’ okayyyyy! Jang bukan Macaister United.

Bila Jang lihat komen dan reaksi penyokong Manchester United tentang gurauan Kj, rata-rata tak bersetuju dan malu. Inilah tanda penyokong Manchester United sangat berkualiti dan berjiwa tinggi. Jang juga baca penjelasan Kj, yang ianya spontan dan crowd juga ketawa. Hal kecik je ni. Hal Liverpool ni apa yang tak lucunya?

Liverpool memang tak akan menang piala liga inggeris, tapi ‘we won it 5 times’ piala Eropah. Sama macam Pas la, takkan menang Putrajaya, tapi Kelantan jangan harap dapat ke UMNO. Amacam, buruk tak gurau bolasepak dipolitikkan?

Manchester United dah kutip 3 mata. Itu yang penting. Walau gol dijaringkan sendiri oleh pertahanan Tottenham Hotspur, yang jelas menggelabah bila bola sampai ke kaki Rooney, tapi ianya adalah satu gol yang halal dan sah dalam bolasepak. Maka tidak perlu dipertikaikan hal kemenangan itu. Momen bila Bastian Schweinsteiger (nak kene google dan copy nama ni, tak dapat Jang nak cuba-cuba eja sendiri) berlari tepi padang dan warm up saja dah buat penyokong orgasm. Bila dia dimasukkan, semua penonton berdiri dan tepuk tangan, termasuk Jang sendiri berdiri dan tepuk tangan kat rumah. Inilah kesaktian Manchester United.

Benteke hado?

Liverpool juga bermula dengan kemenangan dengan satu jaringan cantik Cautinho mengalahkan Stoke 0-1 di Britannia. Memang susah nak menang di Britannia ni, tapi permainan Liverpool pun nampak biasa-biasa saja tanpa superstar.

Sementara itu, sebuah bas yang power takkan berguna tanpa seorang pemandu yang baik manakala seorang pemandu bas yang baik juga nampak bangang tanpa bas yang power. Itulah ulasan untuk pasukan Chelsea dan Arsenal minggu ini. Kau faham-fahamkan lah. Tak guna ulas panjang pun, buat rugi data je.

Jadi jika Liverpool itu PAS, Arsenal memang MIC, Chelsea perangai DAP, Umno itu apa?

urmmm… kau jawap lah!