/Jika tidak boleh ikut jadual, pergi umrah.

Jika tidak boleh ikut jadual, pergi umrah.

 

Ada beberapa pemain bola yang ternama diperingkat antarabangsa yang bermain bola dibulan puasa. Antaranya Ozil, Samir Nasri, Benzema, Ribery dan Anelka. Mereka kelihatan berdoa sebelum sepak mula. Entah puasa entah tidak agaknya. Tapi mereka bermain macam biasa.Kekal cergas 90minit.

Mereka bermain di liga kelas A eropah, maka begitulah keras jiwa dan mental mereka.

Jang tanya beberapa pemuda Indon dan Bangla yang baru pulang dari tapak bina. Mereka berkerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Mengangkat batu-bata, membancuh simen, melepa konkrit dan segala macam kerja berat lagi. Badan mereka kurus dan berbaju lusuh. Kasut yang dipakai dah tak seperti layaknya dipanggil kasut.

Tapi mereka kekal berpuasa dan tidak sekali-kali minta tugas ringan diberikan kepada mereka. Mana ada tugas ringan di tapak bina. Jadi kerani boleh la.

Di Palestin, negara yang sibuk digasak oleh tentera rejim Israel, mereka berpuasa seperti biasa. Entah kan sampai nyawa ke waktu berbuka, belum tahu. Tapi puasa tetap puasa. Jika ada gencatan senjata, barulah dapat merasa aman berlatih bola. Semua ini mereka lalui saban hari tak kira tahun.

Sementara itu, di sebuah negara yang bermain liga kelas D, beberapa pundit bolasepak alam maya, yang selesa didalam bilik berhawa dingin, duduk disofa empuk dengan kelajuan internet maksima sibuk memberi pandangan tentang jadual dan masa perlawanan. Beberapa pemain yang majoritinya Islam dan akan bermain dengan pasukan yang majoritinya islam juga cemas bermain dimalam hari dibulan puasa.

Oh Tuhanku! Tak habis ada pasukan nak keluar Malaysia, Terengganu nak tarik diri dari liga Super, ada pula yang tak boleh main lepas berbuka! Main liga kelas D tu ikut aje la jadual yang diberikan.

Naik darah Roy Keane Jang la!!