April 19, 2024

Jurulatih bukan jurusletih

2 min read

Jang bukan rekemen jurulatih yang memanjang maki saja keluar dari mulutnya. Tapi tegas dan garang bila perlu. Maurinho pun maki doktor Eva sebab masuk padang beri rawatan kepada Hazard mengakibatkan Chelsea tidak menang perlawanan. Jang mahu jurulatih yang bangun dan jerit serupa setan kepada pemain dari tepi padang. Kita perlu jurulatih yang ada aura tersendiri sampaikan pemain takut untuk masuk kebilik persalinan sewaktu half time jika dia ada melakukan kesalahan. Bila aura kau power, pengadil pun akan berbaris menunggu dimaki.

“abang percaya pada kau..abang nak kau main..”  – ini bullshit!

Kita ada berjuta lagi umat manusia di Malaysia ini. Boleh saja cari penganti untuk pemain yang tak berkualiti. Waktu berlembut dengan pemain bergaji besar sudah tamat. Mereka dibayar gaji untuk dimaki – ini falsafah kerja dalam construction. Kalau kau tak maki dia, kau akan dimaki oleh bos (dalam kes bola, dimaki secara berjemaah oleh rakyat Malaysia)

David Beckham terus berjaya sebagai pemain bolasepak sehingga bersara. Suarez terus mengigit pemain lawan sementara Muslim Ahmad digugurkan dari PDRM atas sebab-sebab yang hanya PDRM dan Polis bolasepak sahaja yang tahu.

Peranan atau kesilapan jurulatih bermula dari hari pemilihan pemain lagi. Seorang jurulatih import dari Pahang terus balik semula ke negara asalnya selepas melihat Azizul Kamaluddin bermain. Dia cakap, beri dia seorang kanak-kanak berumur 9 tahun untuk dia gilap dan bentuk tapi kalau dah keras dan tepu macam ini, dia tak boleh. Dia balik dan bakar passportnya. Ini jurulatih yang professional.

Setakat nak kata masa latihan 4 hari tak cukup, pemain keletihan dan blablabla lepas tu dapat gaji RM70k bebas cukai… Jang pun sudi jadi jurulatih Malaysia. Kau maki la Jang cukup-cukup, Jang akan maki balik ke telinga pemain Malaysia sampai mereka insaf. Bila semua dah insaf, Jang rilek belanja satu kedai mee goreng auntie gemuk depan Wisma Fam.

Apa ada hal, gaji RM70K bebas cukai dah masuk akaun.

0Shares

3 thoughts on “Jurulatih bukan jurusletih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.