/Jurulatih tempatan bodoh sombong – LTK

Jurulatih tempatan bodoh sombong – LTK

Lim Teong Kim kata jurulatih Malaysia bodoh sombong, ego, tak mahu belajar, katak bawah tempurung, tak mahu berbincang, tak dengar arahan Teknikal Director, tak menjerit tengah padang, pilih bulu, kroni, siakap keli, bangga diri, ambil rasuah, perantara bookie, bebas cukai, taktikal takdo, pilih pemain sama tapi harap keajaiban, takda DNA, harap naturalisasi dan import, tebus maruah, kalah bermaruah dan buta IT.

ok, Lim Teong Kim kata bodoh sombong dan ego saja, lain tu Jang tambah sikit biar bersyair seloka gurindam duka dijiwa. Lepas itu macam biasa, dan seperti dijangka, ahlil panel pemilihan jurulatih Malaysia merangkap ketua jurulatih bolasepak Malaysia dan juga bekas jurulatih negara, B. Sathianathan membidas kenyataan Lim Teong Kim sebagai dakwaan melampau.

 

 

Bagus B. Sathianathan sebab mempertahankan maruah jurulatih-jurulatih lain yang bernaung dibawah kepimpinan beliau. Cuma, sebut pasal maruah ini, Jang teringat la, pertama, memang ada jurulatih yang tidak bermaruah dan kedua, apa jadi kata nak menebus maruah dengan UAE lepas kalah, terus kata kalah bermaruah?

Begitulah maruah bolasepak kita dipermainkan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab.

Apa Lim Teong Kim cakap itu memang benar dan kebenaran memang pahit untuk ditelan. Tapi yang pahit itulah obat! Mungkin dia bercakap atas dasar ditanya oleh wartawan dan kedua memang berlaku pergeseran diantara beliau dengan beberapa jurulatih tempatan diawal pembentukan NFDP. Itu boleh dibaca dalam artikel Jang di http://www.ultrajang.com/budaya-bolasepak-kita/  atau artikel lama di http://www.ultrajang.com/nfdp/

B.Sathianathan masih percaya pada budaya bolasepak yang beliau dokong semenjak 35 tahun terlibat dalam kancah bolasepak negara. 35 tahun beb! memang dah ghasi, melekat dan bernafas dengan bolasepak dibawah rejim FAM jadi sebarang pembaharuan memang susah mahu diterima. Berubah ni susah terutama kalau nak ubah diri sendiri. Kena yang nak minta berubah tu pulak jauh sangat umurnya bawah dari kita, memang la timbul keegoan.

Sepanjang menjadi jurulatih, dia yang berdiri dipapan putih, memegang marker pen dan merangka taktikal dan serangan dihadapan 20 pemain yang mendengar kata, tiba-tiba kene duduk dan dengar arahan dari pemain pula. Susah beb! Benda ini takda dalam DNA mereka.

Dalam beberapa siri video Lim Teong Kim bersama Mstar tersebut, beliau ada bercakap hal pembangunan pemain muda, tanggungjawab negeri, FAM, liga bawah 21 atau 19 dan sebagainya. Beliau juga ada berkongsi sedikit hal tentang pemain di NFDP, etika dan apa yang perlu ada pada seorang pemain jika mahu berjaya dan sedutan rakaman mereka di NFDP.

Jang terus terperasan satu perkara (Jang memang perasan pun) apa yang dicitakan,misi dan visi serta pandangan beliau hampir sama dengan pandangan kita diluar. Hampir sama dengan kemahuan ultras seluruh Malaysia dan sangat sama dengan cadangan PFSLJ (Presiden FAM Sila Letak Jawatan) yang lepas.

Paling penting, visi ini telah ditulis oleh Pipiyapong lama dahulu ketika bersama Sokernet dan ada dalam buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia. Bacalahhhhhh!! Membaca itu kan budaya kita juga. Tapi yang peliknya, kenapa kita masih tidak turun menonton perlawanan dan permainan yang melibatkan NFDP? Mana ultras bila NFDP Seremban berembat dengan Rembau?

Nanti Jang sambung hal NFDP, Supermokh Cup dan NS Matrix dan Zainal Abidin Hassan yang masih risau pemain Pahang tak biasa bermain dipadang tiruan. Macam la main kat padang rumput boleh tiki taka. Budaya la tu.

Kongsi artikel ini: