/Just Doe It!

Just Doe It!

Osah handa Forkey Doe ni!

Inilah yang di namakan penyerang berbisa. Mengetahui tugas sebagai pembunuh kejam, menghidu peluang walau dari sudut sukar dan memusnahkan gawang lawan dengan jaringan-jaringan cantik. Forkey Doe merealisasikan impian NS Matrix untuk mempunyai penyerang yang mampu mencetak gol kemenangan di setiap perlawanan.

NS Matrix mengakhiri perlawanan penyodap badan dengan tidak mengalami walau satu pun kekalahan. Jean Marc Alexandre mengemudi bahagian pertahanan dengan cemerlang, sementara jentera tengah berfungsi baik dibawah pimpinan Bruno Martelotto.

hmmm.. semua nama pemain import je yang handal ni? Anak Nogori mano? Mana pemain yang di hasilkan oleh pembangunan bolasepak nogori selepas kembar Aidil dalam Sukma 2004? Siapa pemain kelahiran Nogori dalam skuad NS Matrix musim ini? Semuo persoalan ini bukan hendak menghentam sesiapa, tetapi eloklah di beri perhatian sewajarnya dari pihak yang bertanggungjawab.

Forkey Doe memang handa, tapi lebih manis kalau yang berbiso itu dari suku kito.

image

“nama pendek Doe”

– Laksamana Doe Re Mi