March 29, 2024

K.Devan mengamuk, Forkey Doe di hukum!

2 min read

UltraJang janji nak up cerito ni Jemahat malam hari tu, tetapi hati ini berdobar sampai lolap. Tapi malam tu korang pun sibuk dopan TV tengok MLM kan? Walau FAM dah 30 tahun menghiburkan…

NS Matrix monang bergayo ke atas DRB Hicom membuko tirai Liga Perdano musim 2015 di Stadium Hang Jebat, Melako. Tak payah kito ulas perlawanan itu minit ke minit atau sapo jaringkan gol. Kalau nak tahu hal tu, boli sokhabar atau masuk fesbuk.

Ultrajang ada berito dari sudut yang sukar untuk di kongsikan.

Pertamo, ramai tak tahu, sebonarnya K.Devan ado meminta DRB Hicom bergabung dengan Melaka United untuk menentang NS Matrix supaya ado perlawanan sedikit, tetapi Melako United tak mahu. Akibatnya K.Devan terpaksa menukar strategi dengan melemahkan keseluruhan pasukan untuk perlawanan. Ini bukan senang! Tapi tak mengapa, K. Devan lakukan juga.

Separuh masa pertama, perancangan K.Devan berjalan lancar. DRB Hicom berjaya mendahului dengan 1 gol. K. Devan tersenyum. Bagi K.Devan samada DRB Hicom monang, seri atau NS Matrix monang tipis. Tapi pemain yang dah di serapkan dengan sebati teknik permainan tahap tertinggi gagal untuk mengawal permainan lalu secara tak sengaja telah memasukkan 3 gol ke gawang DRB Hicom.

Akibatnya K.Devan mengamuk sakan di bilik persalinan selepas permainan tamat. UltraJang yang kebetulan ada sekali di bilik persalinan ikut terperanjat. Merah padam muko K.Devan sebab baginya, pemain tidak bertindak mengikut arahan. Sampai 3 gol mereka jaringkan. Lawan budak kilang je! kata K.Devan. Jangan tunjukkan sangat kehebatan bolasepak Nismilan, tambahnya. Pantang beliau kalau pasukannya memalukan pihak lawan.

Akibatnya, Puna dan Forkey Doe di kenakan hukuman balik ke Seremban naik bas sambung.

Inilah kehebatan NS Matrix dalam misi mengejar tempat ke liga Super, disiplin dan ketinggian budi bahasa begitu kuat di hati mereka. Inilah negeri beradat. Bukan macam pasukan lain, ada yang masih heboh  hal binatang, tifo, bas, jersi, keadaan padang yang buruk dan sebagainya. NS Matrix juga tak kisah main potang-potang sebab kekuatan pasukan bukan terletak di lampu limpah tetapi gaya mengawal permainan dan menjaringkan gol. Payah rupanya bermain dengan sebuah pasukan yang hebat tetapi berpekerti mulia ni.

Sementara itu, gondang perang ultras nogori di palu kemas dan barisan ultras juga telah di rapatkan, kemas dan tersusun. Away day mereka berakhir dengan senyuman puas. Bega semuo eh!

Musuhnya Habis Binaso! Hobin Jang Hobin!

10980750_10204086542220710_8064529083193821686_n

Usai permainan, mereka bersalaman riang.

Apo nak laie?

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.