/Kad merah untuk JDT, kuning untuk Perak dan boo untuk …

Kad merah untuk JDT, kuning untuk Perak dan boo untuk …

Amboiii…penyokong JDT sampai baling besi Y12 ke bas penyokong Perak. Berjahit 12 kepala Yob tu. Ingat kepala Yob tak bayar zakat fitrah ke?

Kononnya permusuhan antara 2 penyokong negeri ini telah lama berlarutan. Ada 30 tahun lamanya? Kalau setakat baru 7,8 tahun bersungguh tengok bola tak payah la nak beria sangat. Cuba tengok muka tu kat cermin sikit. Baru ikat mafla kat leher dah rasa nak berjihad.

Jang respek supporter KL. Mereka tunjukkan kekuatan dalam padang. Mereka lawan pemerintah. Lawan pemerintah la cool. Lawan sesama sendiri ni perangai Kerbau.

Sementara itu Jang diberitahu ada ura-ura penyokong Pahang nak mulakan kempen meminta FAM memotong 9 mata pasukan JDT kerana rusuhan penyokong hari itu. Berita ini belum disahihkan lagi tetapi sudah mula menular di laman sosial. Jang rasa JDT memang patut dihukum dan jika hukuman itu adalah dengan memotong mata liga, mereka kene akur.

Ini adalah hukuman yang biasa dilakukan pada mana-mana pasukan atau liga. Soalnya, adakah Tengku Mahkota bola akan bermeshorat dalam masa terdekat atau selepas habis liga?

Jika JDT dipotong mata liga, Pahang berkemungkinan besar akan dinobat menjadi juara liga super musim ini. Tetapi maniskah kejuaraan itu hasil dari mata yang dipotong dari pasukan JDT? Juara sebenar mengumpul mata dan kejuaraan dari kemenangan bergaya sepanjang musim, bukan melalui kempen.

Buat macam NS Matrix, mata liga pun mereka tak kutip, mata pasukan lain pun mereka tak ambik peduli. Manjang menang perlawanan persahabatan je. Celaka betul!

-Jang, Ketua Polis Bolasepak Dunia