Kad merah untuk JDT, kuning untuk Perak dan boo untuk …

Amboiii…penyokong JDT sampai baling besi Y12 ke bas penyokong Perak. Berjahit 12 kepala Yob tu. Ingat kepala Yob tak bayar zakat fitrah ke?

Kononnya permusuhan antara 2 penyokong negeri ini telah lama berlarutan. Ada 30 tahun lamanya? Kalau setakat baru 7,8 tahun bersungguh tengok bola tak payah la nak beria sangat. Cuba tengok muka tu kat cermin sikit. Baru ikat mafla kat leher dah rasa nak berjihad.

Jang respek supporter KL. Mereka tunjukkan kekuatan dalam padang. Mereka lawan pemerintah. Lawan pemerintah la cool. Lawan sesama sendiri ni perangai Kerbau.

Sementara itu Jang diberitahu ada ura-ura penyokong Pahang nak mulakan kempen meminta FAM memotong 9 mata pasukan JDT kerana rusuhan penyokong hari itu. Berita ini belum disahihkan lagi tetapi sudah mula menular di laman sosial. Jang rasa JDT memang patut dihukum dan jika hukuman itu adalah dengan memotong mata liga, mereka kene akur.

Ini adalah hukuman yang biasa dilakukan pada mana-mana pasukan atau liga. Soalnya, adakah Tengku Mahkota bola akan bermeshorat dalam masa terdekat atau selepas habis liga?

Jika JDT dipotong mata liga, Pahang berkemungkinan besar akan dinobat menjadi juara liga super musim ini. Tetapi maniskah kejuaraan itu hasil dari mata yang dipotong dari pasukan JDT? Juara sebenar mengumpul mata dan kejuaraan dari kemenangan bergaya sepanjang musim, bukan melalui kempen.

Buat macam NS Matrix, mata liga pun mereka tak kutip, mata pasukan lain pun mereka tak ambik peduli. Manjang menang perlawanan persahabatan je. Celaka betul!

-Jang, Ketua Polis Bolasepak Dunia

Jang

Buapak Bolasepak Beradat

6 thoughts on “Kad merah untuk JDT, kuning untuk Perak dan boo untuk …

  • August 21, 2015 at 3:47 am
    Permalink

    Kahkahkah…

    Baru ikat mafla kat leher masing2 konon true, baru sibuk menyokong team 3 tahun je pun. Itupun nasib lpas branding Johor FC.

    Reply
  • August 21, 2015 at 8:44 am
    Permalink

    ulas sket isu singapore ngn brunei bakal kekal dlm liga kita ni ultrajang, bgi aku aku setuju je

    Reply
    • August 21, 2015 at 9:22 am
      Permalink

      nanti Jang siasat

      Reply
  • August 21, 2015 at 8:56 am
    Permalink

    Selamat jang sedar diri.haha. Tapi respek kepada Pulau Pinang yang satu satu tangga didaki untuk naik ke Liga Super. Bukan melalui cara rebranding. Moga Melaka dan Perlis boleh naik ke Liga Super juga satu hari nanti.

    Reply
    • August 21, 2015 at 9:23 am
      Permalink

      ok.bagi NS naik dulu la.kahkahkah

      Reply
  • November 14, 2015 at 7:44 pm
    Permalink

    x logik jang.. maen bola kt larkin.. kene baling kt labis??.. beratos kilometer tuh.. sanggop plak dak2 johor polo smpi labis.. utk pengatahuan jang.. spe2 terlibat kenalangan di tgh highway bley claim plus.. contoh.. tgh bawak moto.. telanggor kotak ke.. ataw ape2 brg di tgh highway.. btol kn sy klo sy silap..

    Reply

Leave a Reply to kassim selamat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.