/Kah kah kah! Cerita Potang Tadi.

Kah kah kah! Cerita Potang Tadi.

Pada petang yang mulia ini perisik Jang cawangan Catalan berjaya menghubungi Jang yang sedang minam sambil setting vape mechanical mod khantal size 27 quad coil dan disulami jus halo 12mg nikotin. Berikut adalah rakaman perbualan Jang :-

“poit, kito dapek poit! kito dapek” – perisik Jang.

“Kompom?” – Jang.

“kompom!” – perisik Jang.

“fuuuuuuuuuuuu”. Jang terus menghembuskan asap vape memenuhi kedai mamak Demaju, Damansara Perdana.

Jang sedar.Tanpa kekalahan yang disengajakan minggu lepas, pemain yang diidamkan Van Gaal ini tidak akan ke London. Begitulah hebatnya taktikal Jose Mourinho yang memang Jang dah agak mesti ada sesuatu disebalik kekalahan yang dirancang oleh beliau.

Hasil daripada perisik Jang juga dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Manchester United tak cukup downpayment untuk mengikat pemain lincah macam Efendi Malek ini. Sebanyak 19juta pound sterling telah disediakan Pak Abramovich bagi melicinkan pemindahan ini.

Tanpa membuang masa yang lebih banyak, Jang nak ucapkan selamat datang ke London, Pedro.

Downloads9

Kongsi artikel ini: