/#KataYaPadaKebinatangan

#KataYaPadaKebinatangan

Jang terpanggil untuk melihat kedalam kempen menentang kedatangan pasukan sarkis serta penggunaan haiwan sebagai alat hiburan manusia di kandang sarkis. Terbit rasa sangsi dihati Jang dengan keperihatinan sebilangan penyokong bolasepak Malaysia yang tiba-tiba sensitif dengan kesengsaraan binatang.

Ultrajang sendiri sebelum ini pernah menyiarkan satu artikel tentang penggunaan binatang dalam sukan bolasepak dan pernah menyiarkan satu artikel atau surat dari seekor anjing wakil PETA (Pembelaan Etika Terhadap Anjing) tentang khianat manusia terhadap mereka. Baca disini : http://www.ultrajang.com/87/

Jang membaca beberapa artikel di internet tentang bagaimana tersiksa binatang sarkis ini dilayan. Mereka dirantai, dilibas rotan, dikurung dalam sangkar yang kecil dan dibawa kemerata pelusuk negeri untuk membuat persembahan. Ini bertentangan sekali dengan fitrah seekor binatang itu yang sepatutnya lincah, liar dan bebas.

Ada yang dikurung sedari kecil lalu membesar dan beranak pinak didalam kurungan sarkis, tetapi ketahuilah, walau bagaimanapun mereka dilayan, sifat kebinatangan mereka tidak akan sekali-kali hilang. Naluri binatang tetap ada dalam diri mereka cuma mereka terpaksa menyimpan naluri itu jauh dilubuk hati yang paling deep. Begitulah kuatnya semangat Gajah, Singa, Beruk, Monyet, Cheetah, Kuda, Dolphin dan kamu. Biar kaki dan badan dirantai namun jiwa takkan sekali-kali menyerah!

Bagaimana dengan Harimau Malaya? adakah masih ada sisa naluri kebinatangan yang tinggal didalam jiwa mereka? Adakah masih berbisa ngauman yang dahulunya bisa menggugurkan jantung negara Asia bila mendengarnya? Masihkah tersimpan kuku yang boleh merobek tengkuk kulit setebal Kerbau Balau? Atau telah hilang ngauman bila dilibas cemeti penganjur sarkis? Atau telah lembik lutut dan hanya mampu memanjat kebelakang Sang Kancil? bolehkah naluri kebinatangan bertukar menjadi kebina’wang’an? Masih adakah sikap binatang yang sentiasa lincah,liar dan ingin bebas atau selesa tinggal dan mendabik dada menjadi juara didalam sangkar AFF saja?

Pak Belang,,Pak Belang

Ultrajang menyeru kepada semua pembaca agar menghentikan sebarang bentuk penyeksaan terhadap binatang. Memboikot sebarang usaha atau pengaliran wang kepada penganjur sarkis yang menyeksa binatang dan mengembalikan semula maruah Harimau Malaya kedalam hutan belantara.

 

Untuk rekod, Ultrajang tidak pernah trajang kucing.

TAGS: