April 20, 2024

Keganasan bola sepak: Siapa yang bersalah?

3 min read

Apa punya setan la perangai korang ni semua, tengok bola pun bergaduh? Bola kau liga Gred D la setan! Tau tak D? D ni sama macam markah pelajaran kau dulu la. Maknanya, dungu nak ke bebal. Itu D. Mana kau dapat bodoh ni? mestila dapat dari persatuan kau, kan? – manis tak Jang buat ayat begini? Tak manis kan? serupa bodoh juga ayat begini, serupa D – dungu dan bebal. Tapi itulah, semua orang mahu jadi Dungu dan Bebal dan berbangga dengannya. Paling teruk, kedunguan dan kebebalan ini diraikan dan dipertahankan pulak! Oh Tuhanku!

Senario berbangga dengan kedunguan dan kebebalan ini BUKANĀ berpunca dari bola sepak atau negeri dan kelab kau. Ianya berpunca dari otak kau yang kecil dan gagal berfungsi. Ianya datang dari sifat atau perasaan kau sendiri yang LEMAH – lalu kau cuba menunjukkan kekuatan fizikal sebagai ganti kelemahan minda, jiwa dan perasaan kau. Itu kebanyakkan la. Ada memang natural born fighter – cuma disalahgunakan untuk tujuan dungu – iaitu bola sepak Gred D, pasukan naungan Persatuan dungu dan sebagainya.

Kenapa Jang kata kedunguan dan kebebalan ini bukan berpunca dari kelab atau pasukan tetapi dari otak kau yang kecil dan jiwa kau yang lemah? Mudah, kau mesti pernah jumpa orang dungu dan bebal yang support liga gred A seperti EPL, La Liga dan Bundesliga? Mereka suka meroyan di komen FB menggunakan ayat ganas seperti “abah kau!”, “Munyet” “Loserpool” dan beberapa ayat maki yang sama standard dengan kedunguan mereka. Mereka selalu merasa puas dan rasa diri hebat kerana dapat memaki menggunakan ayat maki ini sebagai ganti diri mereka yang lemah.

Jadi teori Jang menggatakan kedunguan dan kebebalan ini bukan datang dari liga, kelab dan pasukan dungu- tetapi dari jiwa dan otak yang lemah- adalah benar. (Kalau kau baca ni sekali dan tak faham – kau dungu. Simple)

Jang langsung tidak berniat nak mencampuri urusan kedunguan dan kebebalan dalam bola sepak Malaysia yang berbentuk keganasan tetapi bila mengenangkan liga gred D, Persatuan juga dungu dan bebal serta badan berkuasa bola sepak juga dianggap dungu dan bebal, maka Jang terpaksa menurunkan 99% kebijaksanaan Jang- untuk sama level dengan mereka- dan menyentuh sedikit hal ini. Phew! agak payah juga menggunakan 1% kedunguan dan kebebalan Jang nak mengarang artikel ini -yang Jang sendiri belum nampak akhirnya macamana. Yelah, dungu kan, mana tau semua ni. Ianya sama seperti tidak mahu menyentuh kedudukan MB dalam hal bola tetapi MB juga adalah Presiden persatuan bola.

Jang juga tidak menyalahkan mana-mana individu atau kumpulan dan tak kisah pun mereka nak bergaduh. Jang bukan Polis moral atau penjual kismis doa yang dibackan Al-Quran 30 juzuk untuk buat otak kau kembali cerdik. Jang sentuh ini selepas mendapat banyak desakan untuk mengulas hal ini, terutama dari mereka yang turun ke stadium bersama anak dan keluarga. Tidak cukup dengan telinga anak kecil yang terpaksa mendengar caci maki di stadium, mereka juga terpaksa menyabung nyawa hanya kerana ingin menyaksikan bola sepak liga gred D. Esok lusa, mereka tak mahu ke stadium lagi tapi apa persatuan dungu kisah? Pendapatan mereka bukan datang dari kutipan tiket tetapi subsidi dan tajaan. Jadi siapa yang bersalah dalam hal ini? Siapa pulak nak ngaku bersalah kan? Jadi Jang rasa yang bersalah adalah bola sepak dan bola sepak adalah kita semua.

Setan! menyusahkan Jang je meroyan macam ni. Penat tau tak? Kalau mengutuk Selangor ke, Pahang ke atau PBNS takda la penat sangat..happy je Jang tulis. Dah, tak payah nak perasan Jang sentuh team kau atau sesiapa pun. Siapa tak puas hati, buat blog!

Toksah perasan, tau?

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright Ā© Ultrajang 2023.