March 29, 2024

Kejutan untuk Negeri Sembilan?

3 min read

Belum hilang lagi kecewa gagal ke Liga Super, dapat pulak cerita akan ada kejutan untuk pasukan Negeri Sembilan. Menurut sumber den yang soheh dan boleh dipercayai ni, katanya dalam minggu ni jugak pengumuman tu akan dibuat. Hmm.

 

Bila diselidik dengan lebih mendalam dan terperinci, kesedapan pengumuman itu bergantung kepada setiap individu. Akan ada yang kata ianya baik, ada juga yang kata sebaliknya. Tapi den tak boleh la cerita apa pengumuman tu. Sebagai sebahagian daripada pasukan polis bolasepak dunia, mengikut SOP adalah wajib. Kalau nak langgar SOP dan undang-undang, baik den join rempit!

 

Difahamkan, ada benda yang tak kena dalam pasukan Negeri Sembilan pada penghujung saingan liga. Benda ni terpulanglah kat korang nak cakap apa dia. Jurulatih, pemain, pengurusan, kewangan, padang, jersi, permukaan padang? Ikut suka. Tapi kalau nak tahu tunggu lah pengumuman tu nanti. Walaupun tak dibenarkan untuk bagitahu, tak bermaksud yang kita tak boleh berspekulasi. Dalam erti kata lain, membawang lah!

Jurulatih N. Sembilan, Mat Zan Mat Aris

Jurulatih. Andainya terdetik hati pihak pengurusan menukar lagi jurulatih, kami dari UltraJang amat tidak bersetuju. Sudah-sudah lah tukar jurulatih ni. Lagi banyak buruk dari baiknya. Bukan sekali dua tukar jurulatih ni. Hampir setiap musim! Pernah tu 3 jurulatih dalam satu musim, hasilnya kita semua pun tahu kan? Tambahan pula, Mat Zan memang dah buktikan dia mampu untuk laksanakan misi ke Liga Super. Kehadiran Koroma memang satu kesilapan macam Jang cakap dalam artikel semalam. Tapi setidaknya, berjaya diperbetul pada setengah musim dengan menggantikannya dengan Igor Luiz. Kalau tanya den, MZ layak duduk paling tidak pun semusim lagi bersama Negeri Sembilan.

Antara pemain skuad N. Sembilan

Pemain. Dengan skuad yang ada, jangan mimpi lah nak bersaing di Liga Super. Cuma yang buat den terkilan, Durkeswaran jarang diturunkan. Kalau tengok balik performance winger Negeri Sembilan, tak banyak beza antara Dzulfahmie, Ridzuan dan Durkes. Tak banyak. Mungkin boleh bagi lebih game time pada Durkes. Macam den cakap masa pre-season, Durkes memang ada potensi. Sayanglah sebab tak bagi pendedahan banyak kepada dia. Ataupun benda yang tak kena dalam pasukan ni sebab Negeri Sembilan cukup liat nak jaringkan gol menerusi open play? Adakah keliatan menjaringkan gol ni semua mempunyai sebab lain? Hmm.

Halim Zainal (kiri)

Bila cakap pasal pemain ni, terpanggil pulak nak cakap pasal Halim Zainal. Ramai betul yang kritik permainan dia. Tapi pada den ok je dia main. Sebagai defensive /central midfielder takkan nak suruh dia dribble macam Messi? Seperkara lagi yang perlu den ingatkan, ada pemain yang tugasnya lebih penting dalam bilik persalinan. Menjaga keharmonian dalam pasukan. Musim ni yang den tahu ditugaskan untuk perkara ni ialah Angah (Zamani) dan Halim. Macam ramai je yang tak setuju tu?

Pemain import N. Sembilan

Satu lagi, kekalkan sebahagian besar pemain yang ada. Contohnya, Ferris Danial, Osman, Kahar, dan 4 pemain import yang ada sekarang. Pada den, Almir Neto lebih menyerlah pada separuh kedua musim disebabkan kehadiran Igor. Walaupun Jang tak setuju, tapi Igor punya ball control memang baik dan dia mampu bawa peranan target man dengan cemerlang.

Ferris Danial

Kewangan. Pengumuman untuk tambah dana ke? Atau dana semakin mengecil? Tahukah anda, pasukan Liga Super memerlukan dana lebih kurang 20-30 juta ringgit setahun? Kalau bajet picisan macam kita ni, nak tak nak kena jugalah bawak pemain dari skuad Presiden. Takkan nak bawak masuk Shahrel Fikri, Azam Azih atau Brendan Gan? Mana nak cekau duit? Atau ada pak Arab yang nak melabur ke pasukan ni?

 

Apa pun, kita semua tunggu lah pengumuman yang akan dibuat oleh PBNS dalam masa terdekat ni. Harap-harapnya berita baik lah. Kalau berita tak baik, macam lah kita ada pilihan kan?

 

Sebagai penyokong, setidaknya kita ada 6 lagi perlawanan musim ini dalam saingan Piala Malaysia dan 3 daripadanya di STAR. Undian kumpulan pun akan berlangsung hari ni. So, itulah berita gembira yang PASTI untuk kita. Iaitu 3 lagi perlawanan di laman sendiri. Berdoalah sekuatnya bahawa N. Sembilan setidaknya mampu beraksi dengan lebih baik dan semoga tahun depan menjadi milik kita. Suka lah Abang Tom tu dengar den cakap macam ni kan?

 

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA DAN KE LIGA SUPER!

Kid, General of the Onion Army.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.