/Kelanyakkan Piala Dunia 2018, Malaysia puas dilanyak.

Kelanyakkan Piala Dunia 2018, Malaysia puas dilanyak.

Hadriey dari blog bola Mata Pena Si Hitam mengulas kegagalan Malaysia secara konsisten ke Piala Dunia. Gagal Lagi Ke Piala Dunia Bukti Malaysia Konsisten 20 Tahun Ke Belakang Berbanding Negara Asia Yang Lain

Sudah heboh cakap-cakap di gelandangan yang bola sepak Malaysia sedang menuju kehancuran buat kesekian kalinya. Apa buktinya? Mari kita selami perjalanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bagi pasukan Malaysia. Ia dimulakan dengan keputusan seri di Bukit Jalil bertemu Timor-Leste, sebuah pasukan bola sepak yang hanyalah menyertai FIFA pada 12 September 2005. Mujur pasukan Ong Kim Swee berjaya memungut 3 mata bagi pusingan kedua pertemuan di Dili baru-baru ini.

 

 

Buat pengetahuan saudara sekalian, satu kajian menunjukkan 20% penduduk Timur-Leste ini menganggur dan 52.9% hidup dengan kurang dari 1.25 Amerika Dollar sehari serta hampir setengah dari penduduk mereka adalah buta huruf. Selain itu kemerdekaan yang mereka kecapi pada tahun 2002 adalah berasaskan perjuangan selama puluhan tahun melawan Indonesia.

Nah!!! Sekarang kita bandingkan pula dengan negara Malaysia, di mana menjadi habitat skuad Harimau Malaya yang hidup dalam suasana harmoni dan permai. Ditambah pula negara ini akan menuju ke arah negara maju kurang lebih daripada 5 tahun sahaja lagi.

Kemudian kita tewas pula kepada Palestin 0-6 pada aksi di tempat sendiri. Dalam perlawanan pusingan kedua di Amman, Jordan pun kita tewas 6-0. Terduduk aku menahan marah.

Palestin yang rakyat Malaysia tahu secara umumnya adalah sebuah negara yang seringkali kita bantu tidak kiralah sama ada dengan memboikot McD mahupun menghantar Afdlin Shauki ke Gaza. Bagaimana bola sepak negara yang selalu makan peluru berulam bom ini lebih maju daripada sebuah negara berpaksikan kebebasan berhibur tanpa sempadan? Untuk mengetahui rahsia ini, kita semua perlu belajar daripada mereka. Ambil pengajaran daripada cara mereka mentadbir perjalanan bola sepak mereka yang bolehlah dikatakan beroperasi dalam keadaan serba kekurangan. Jika perlu hantar wakil negara seperti Heliza Helmi yang khabarnya seringkali menyertai misi ‘Aman Palestin’ ke sana.

Kita tutup cerita pasal perbandingan Malaysia dengan negara baru merdeka sedekad lebih (Timor-Leste) dan negara yang entah bila hendak aman dari berperang (Palestin). Dengan pasukan Arab Saudi dan UAE pula tidak perlulah kita buat perbandingan. Makin menambah pedih di ulu hati sahaja.

Selepas menengok situasi terkini skuad Harimau Malaya dalam aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia ini, aku mendapat satu kesimpulan awal.

Bagi aku Tengku Bola perlu meletak jawatan secepat mungkin. Tidak perlu tunggu sehingga 2018. Jika bukan sekarang bila lagi? Hendak tunggu lagi 40 tahun melayan episod penderitaan macam gini lagi? Tengku Bola bukan ada banyak beza pun dengan Soltan Bola. Tidak kiralah sama ada dari segi polisi, cita-cita mahupun kehendak nafsu untuk membawa bola sepak Malaysia ke arah lebih bermaruah. Tengku Bola cuma sambung buat apa yang telah ditinggalkan bapak dia sahaja. Maaf tanya ye..ada kita dengar bilakah sebenarnya sasaran FAM untuk layak ke Piala Dunia? Russia 2018? Qatar 2022? Hah? Ataupun hanya mahu menunggu untuk menjadi tuan rumah pada Piala Dunia 2034?

Selain itu Liga M juga masih tidak diswastakan lagi sampai ke hari ini yang mana pada asalnya ia disasarkan pada tahun 2015. Ia masih berjalan secara seronok sendiri dengan hanya berubah pada formatnya setiap tahun.

Pegawai-pegawai semua tua boyot memenuhkan poket sendiri. Kurang cita-cita dan semangat waja. Tidak berwibawa dan tiada keterampilan. Lemah idea bernas secara keseluruhan dalam bola sepak. Makan mehun perisa kapur dan karipap ini angin bila ade mesyuarat FAM hanya menambah benak dalam corak pemikiran mereka menyebabkan mereka tidak kritis untuk melakukan revolusi. Mungkin ini antara budaya yang dicanang oleh orang-orang FAM.

Aku mahu tanyakan kepada engkorang semua berapa ramai bekas pemain bola yang diberi jawatan sebagai pegawai mahupun apa sahaja EXCO dalam pentadbiran FAM? Jika ada sila jawab di ruangan komen.

Selagi benda-benda ini tidak berubah, tak payahlah kita nak terkejut berok bila 4 tahun sekali main kelayakan Piala Dunia hanya untuk mendapat malu pada wajah secara pukal.

Pendapat peribadi juga aku merasakan kita sudah ada cukup bakat pemain bola sepak yang boleh diharapkan. Ia sentiasa dihasilkan dari seluruh pelosok Malaya. Cumanya mereka akan terdedah bermain dalam liga, suasana dan budaya bola sepak tidak berdaya saing setelah menginjak masuk ke dalam Liga Malaysia yang diuruskan secara Kedai Runcit oleh FAM. Ini belum masuk cerita dihimpit bookie dan Anzalna Nasir. Lagi panjang kisahnya nanti.

Sebab itulah bila Piala Dunia muncul 4 tahun sekali aku akan sokong Sepanyol. Kawan-kawan aku pulak ada yang sokong Argentina, England, Belanda, Brazil, Jerman, Perancis.