/Kemanakah arah tujuan NFDP? (Kau siapa nak tahu?)

Kemanakah arah tujuan NFDP? (Kau siapa nak tahu?)

Apabila harapan palsu umat manusia kepada pasukan senior hancur punah, tiba-tiba mereka beralih pula kepada pasukan B-13 NFDP yang sedang mengganas di eropah. Maka berbagai telahan, persoalan dan harapan dihamburkan kepada pasukan anak kecil ini. Ini sesuatu yang normal kepada umat manusia apabila kita dikecewakan oleh si A, kita beralih kepada si B.

Apa kau ingat NFDP ni tempat rebound selepas hubungan romanik kau bersama skuad senior putus ditengah jalan?

Berbagai persoalan Jang jumpa, ada yang tanya arah tujuan NFDP, ada yang curiga masa depan pemain dimasa akan datang, ada yang sangsi dengan peralihan pemain dari NFDP ke liga M dibawah FA negeri dan ada yang terus tak percaya pada semua benda selagi ianya belum diswastakan dan masih dibawah rejim FAM.

Sebenarnya disitulah sesuatu perancangan itu menjadi kacau bilau apabila baru wisel sepak mula ditiup dah ada yang nak tau itu ini. Dah ada yang persoalkan harapan 5 tahun akan datang. Dah ada yang beri cadangan itu ini atau apa saja lah yang mereka fikirkan sesuai pada pandangan mereka. Jang faham dan punya pandangan yang serupa juga tapi apakata kali ini kita tak payah sibuk hal mereka yang sedang meningkat naik ini.

Apakata kita baca arah tujuan NFDP ini dan beri mereka ruang sendiri untuk buktikan.

Bukan apa, memang sekarang ini mereka power dan akan datang juga mereka akan lebih power, cuma kau tu sedang kecewa, tak baik jadikan NFDP sebagai bahu sandaran mengenang nasib diri tu.

Nanti kalau NFDP kecewakan kita, kat bahu sapa lagi nak kita tangiskan nasib diri? Jang takpa la. Jang ada Leong Mun Yee, ratu papan anjal.

Kau?

 

Kongsi artikel ini: