/Kemenangan terakhir JDT dalam Piala FA

Kemenangan terakhir JDT dalam Piala FA

Jang cukup teruja langkah FMLLP mengadakan secara live (dan cepat) undian pusingan ke 3 Piala FA Sabtu lepas. Ianya satu pembaharuan dan langkah ini wajar dipuji. Walau ada suara-suara sumbang dan tak puashati dengan ‘pembaharuan ini’ tapi ianya lebih kepada benda remeh. Undian jam 11.30 malam sesuai la dibuat secara simple dan praktikal. Tak perlu panggil orang kenamaan sangat atau protokol bagai. Bagi peluang wakil sponsor datang cabut undi adalah lebih baik untuk kembangkan penajaan dan marketing. Tak habis-habis nak sedap la korang ni!

Negeri Sembilan diundi menentang JDT di Larkin adalah satu berita gembira buat warga bola Nogori. Tapi sebelum itu, mari kita baca ulasan perlawanan JDT dalam Piala FA menentang UITM FC lepas. Amboiii..kemain! lawan budak universiti pun sampai 5 gol mereka bagi. Tunggulah pasukan  Jang datang nanti!

Oh Uitm, pergilah belajar! – oleh Abang Sauh (Bangsa J)

Sekalung tahniah diucapkan kepada skuad bolasepak JDT kerana telah mengalahkan pasokan UITM fc dengan jaringan 5 gol tanpa balas dalam saingan kedua Piala FA. Sebelum kita berbual panjang, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat fans JDT yang telah membaca artikel saya yang lepas dengan hati yang terbuka. Bagi yang hati masih tertutup tu bawa-bawa lah bukak hati tu sebab masa masih banyak lagi.

Menang 5-0. Away game. Lawan pendahulu liga perdana. Game cantik kita pegang. Satu perkataan je yang boleh menggambarkan keseluruhan game team kita itu hari iaitu ‘DAHSYAT’. Itu pon nasib baik si Lucero ada rasa belas ihsan kat team university tu dengan sengaja sepak lemah time penalty. Nak tanya kat fans Uitm (Uitm ada fans ke?) apa guna pakai keeper import kalau bolos sampai 5 bai. Baik ambik je student uitm yang lagi power jaga gawang tu. 1st half je dah 4 gol ledak. Noob sungguh uitm ni. Tapi sedikit kecewa pasal 2 gol awal tak dapat nak tengok sebab kena tengok dari luar dulu pasal ramai sangat yg beratur nak masuk. Cilaka betul. Itu la keburukan kalau tengok live pasal takde replay. Nasib baik dapat tengok highlight kat page bazookapenaka.

Si Lucero ni sebenarnya boleh tahan. Peluang memang banyak terhidang member assist tapi penyudah beliau masih lagi kurang. Mungkin coach Mario kena asah lagi si ‘Kucing’ ni bagi bebetul nightmare untuk pasokan lawan. Mungkin beliau masih lagi dalam tempoh nak sesuaikan diri dengan suasana liga kita ni. Sebagai penyokong kita kena support beliau ni sebab beliau memang ada potensi untuk jadi mesin gol. Si Diaz punya gol memang tak bagi muka langsung. Rembat macam syaitan. Menggigil keeper uitm tu saya tengok. Si kunanlan pulak ada chance last sekali tapi sayang keeper dapat save. Cuma satu je ralat dalam team kita itu hari iaitu si Sapi Sali. Macam takde function je. Nasib coach Mario bijak orangnya keluarkan terus Sapi masa 2nd half.

JDT punya build up memang cun. Rasanya hari tu chemistry diorang mungkin dalam 90% pasal selamba je memain dalam kawasan uitm. Diorang punya build up sebelum buat percubaan memang cun. Boleh membangkitkan orgasma la kata orang. Harapnya diorang dapat lah kekalkan momentum kemenangan. Mungkin Piala FA kali ni milik kita kan. Lagi satu kalau JDT dapat kekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga lagi menarik. Well done JDT. Tak sia-sia memandu dari johor sanggup meredah jem sebelum tengok game yang menghiburkan.

Last sekali saya cuma tak berapa nak menikmati sangat gameplay itu hari pasal dapat tengok dari sudut yang sukar. Kejap tengok dekat luar stadium siap kene tenjet-tenjet. Lenguh tahu tak?!. Dah dapat masuk dapat tengok dari kawasan yang tak berapa nak cun pulak. Sedih betul. Nasib baik JDT menang. Hilang skit rasa penat tu.

Akhir kata kepada uitm saya tinggalkan sebaris lirik chant oleh bebudak B.O.S kepada anda untuk renungan masa hadapan engkorang;

 “OH UITM, PERGI BELAJAR~~”.

Sekian semua. Yang berbicara – Abang Sauh.

Hantar artikel anda ke ultrajangmag@gmail.com. 400-500 patah perkataan (atau lebih) dan guna ejaan seperti anda pernah bersekolah.