/Kenapa majlis pelancaran jersi Negeri Sembilan begitu meriah?

Kenapa majlis pelancaran jersi Negeri Sembilan begitu meriah?

Meriah! Majlis pelancaran jersi yang berjalan lancar dan bersejarah, bagaikan pelancaran Apollo11 yang mendaratkan manusia pertama ke bulan, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin. Kehadiran lebih 1000 penyokong tegar/bega/bogik/degil Negeri Sembilan ke majlis malam tadi jelas menggambarkan semangat dan sikap penyokong kita semuo; iaitu, walau apa dan dimana pun pasukan Negeri Sembilan berada, mereka takkan berhenti beri sokongan!

Kenapa majlis perlancaran jersi Negeri Sembilan begitu menarik? Ada beberapa faktor sedap yang Jang rasakan membuatkan kehadiran penyokong begitu baik dan suasana majlis begitu meriah. Jang cuba senaraikan untuk tauladan kita semua.

  1. Penyokong, tetamu dan VIP hadir awal dan begitu berdisplin. Majlis juga bermula mengikut jadual yang ditetapkan. Ucapan wakil AlIkhsan sangat simple, begitu juga ucapan Tok Mat, disambut dengan tepukan dari hadirin. Jadi penyokong yang hadir tidak penat berdiri lama, terutama yang hadir bersama keluarga dan anak kecil.
  2. Faktor masa dan lokasi juga sangat membantu. Majlis dibuat di pintu masuk utama d’Tempat Country Club, Sendayan selepas perubahan tarikh dan lokasi yang pada mulanya dirancang pada 25hb Januari di outlet AlIkhsan, Seremban 2. Suasana di d’Tempat Country Club lebih intimate, selamat, parking luas, lebih sejuk, jauh dari trafik yang sesak jadi tiada gangguan bunyi motor dan deruan kereta. Maknanya, setiap manusia yang ada disitu memang datang untuk majlis pelancaran jersi, bukan untuk ke Jaya Jusco. Lebih manis, esoknya cuti.
  3. Bila kali terakhir pasukan Negeri Sembilan buat majlis pelancaran jersi macam ini? Majlis yang boleh dihadiri oleh penyokong? Seingat Jang ada sekali di Centre Court Paroi pada 6 December 2014. Masa tu K.Devan dipilih untuk menjadi jurulatih pasukan. Selepas itu, semuanya dibuat secara tertutup di Allson Klana. Maka, apabila AlIkhsan menjadi penaja, pintu gerbang untuk rakyat jelata kembali dibuka. Inilah petanda baik dan positif yang kau semua kene tahu dan rugi tak datang. Bola sepak ini sukan untuk penyokong, bukan untuk VIP, ketua pengarah, ketua jabatan dan Datuk-Datuk. Sukan bola sepak adalah untuk majoriti. Period.
  4. Majlis cukup simple, selepas ucapan pendek wakil AlIkhsan dan Tok Mat, ada nyanyian dari Waris dengan lagu Ghai ghai ghainya. Dari belakang pentas, Jang lihat semua orang terhibur dan ikut menyanyi sama dengan persembahan Waris yang cukup sempoi. Menariknya, penyokong, pemain dan Tok Mat turut bertepuk tangan mengikut geng UltrasNogori chanting satu lagu pendek yang dibuat spontan selepas itu. KlasiKKKKK!
  5. Selepas majlis pengenalan jersi, pemain turun dari pentas untuk bersalaman dengan penyokong yang hadir. Mingle! Bukan susah pun sebenarnya, penyokong kadang-kadang mahu dekat dengan pemain, bergambar, bersalaman terutama kepada kanak-kanak yang memandang tinggi kepada idola mereka. Jang tau sebab Jang juga pernah jadi kanak-kanak yang memuja pemain bola sepak seperti Zainal Abidin, Khalid Ali dan sewaktu dengannya. Mereka rasa puas selepas bergambar, pemain pun beri layanan yang baik kepada peminat. Semua menang!
  6. Ramai penyokong beratur untuk mendapatkan jersi baru Negeri Sembilan. Membeli jersi keramat pada malam majlis pengenalan ini dia punya feel lain macam! Takkan sama dengan hari lain sebab ianya hanya sekali setiap 1 atau 2 tahun. Penyokong sebenarnya memang sudah lama mahu membeli jersi original pasukan tetapi beberapa musim kebelakangan ini, entah kenapa begitu sukar untuk mendapatkannya. Jang sendiri tak tahu mana nak beli jersi ori musim lepas di Seremban. Mereka macam tak kisah mahu menjualnya. Pelik betul! Jadi malam tadi, penyokong melepaskan dendam dan tak kisah beratur panjang!
  7. Taktik AlIkhsan merahsiakan design jersi hingga saat akhir cukup menjadi! Penyokong jadi tertanya-tanya dan menaik nafsu untuk melihat dan membelinya. Tahniah AlIkhsan kerana design jersi yang cukup menarik. Penyokong boleh mendapatkan jersi original Negeri Sembilan di outlet AlIkhsan seluruh Negeri Sembilan. (Seremban 2 dan kalau tak silap, ada di Nilai juga) Jang sendiri membeli 2 helai, Kuning untuk home dan Merah untuk away. Malam tadi Jang macam budak dapat baju raya, letak jersi kat kepala katil dan tidur sambil senyum. Gila!
  8. Majlis tamat jam 10 malam, macam Jang cakap tadi, ikut jadual. Suasana dalam dewan banquet juga ceria. Selepas majlis tamat, boss AlIkhsan begitu pemurah menghadiahkan 50 helai baju yang power untuk dibahagikan kepada geng ultras. Terima kasih boss!
  9. Negeri Sembilan kot? Perlu ke sampai 10 sebab dan alasan untuk kita semua hadir beri sokongan?

Tahniah kepada pasukan, pengurusan, AlIkhsan dan semua penyokong yang hadir malam tadi. Jang rekemen kau belilah jersi original musim ini kerana ianya sebagai kenangan musim kita kembali semula bermain diliga Super. Kualiti jersi sangat bagus. Pastikan beli yang ori sebab budaya beli jersi tiruan ini orang Thailand pun tak buat walau negera mereka adalah pengeluar jersi tiruan. Itu sebab Buriram United mampu jana RM2.4 juta jualan jersi dalam satu musim. Kita penyokong selalu suruh pemain dan pengurusan lihat ke liga Thailand untuk dijadikan contoh. Bagaimana dengan kita sendiri? Adakah kita juga mahu mengikut sikap penyokong Thaland yang membeli jersi original pasukan mereka? Atau kita hanya pandai demand saja tapi apabila sampai ke bahagian kita, kita pilih untuk duduk diam, tidak mahu berubah.

Jang,

Buapak Bolasepak Beradat.

Kongsi artikel ini: