April 19, 2024

Kene sekolah lagi!

3 min read

Jang dah bagitau banyak kali dan nampaknya kene terus memberitahu kepada semua kerana saling mengingati itu dalah fitrah kepada kita yang mudah lupa. Hal eropah ini biarlah pasukan dari Manchester yang uruskan, tak kisah la Manchester Merah atau Biru, yang penting maruah #BangsaInggeris dipentas eropah terjaga dan tidak dimalukan.

Kerana didalam setandan pisang, tak semua elok masaknya, ada juga yang busuk dimakan ulat. Kalau busuk sedikit dihujung, boleh lagi dipotong dan dimakan bahagian yang elok, tapi kalau busuk keseluruhannya, maka elok dibuang saja kedalam tong sampah. Nak dijadikan baja pun tak boleh sebab ada mahkuk perosak. Begitulah juga pemilihan pasukan kepentas eropah. Bukan semua pasukan boleh dan layak. Hanya top 2 atau yang berkaliber sahaja sepatutnya dibenarkan. Barulah maruah #BangsaInggeris terjaga.

Untuk yang busuk separuh dan masih layak, maka pentas Europa dicipta untuk mereka. Contoh pasukan yang layak separuh ini dan sedang bermain dipentas Europa adalah Liverpool.

Arsene Wenger bukan tak tahu rahsia Bayern Munich ada pada Jurgen Klopp di Liverpool tapi dia ego untuk bertanya. Klopp telah mencipta satu formula yang dipanggil ABS ‘Anti Bayern Munich System’ semasa di BVB. Formula dan taktikal ini ternyata berkesan. Tanya la Klopp, apa salahnya. Budaya orang tua sentiasa betul dan pendapat orang muda selalu salah ini entah-entah Arsene belajar dari FAM? Tapi itu cerita lain.

Sebut pasal taktikal Klopp ni, ultrajang pernah ditegur dalam satu komen oleh akar umbi Liverpool. Dia komen; “ada hati nak ulas Jurgen Klopp. Study balik tactic Klopp di BVB” Kahkahkah. Padan muka Jang kannnn…nak kene study taktik la pulak. Tapi takpa, ultrajang.com mengalukan sebarang komen dan akan mengulas hal taktikal ini nanti.

Berbalik kepada Arsenal, diberitakan secara senyap 80% dari peminat Arsenal sebenarnya sedar kedatangan pasukan mereka ke Allianz hanyalah menunggu untuk dirobek oleh Lewandowski dan rakan-rakan. Mereka hanya nak tahu jumlah jaringan mereka kene saja. Twitter ultrajang sempat membuat poll semalam dan hasil poll amat memeranjatkan! Soalan ultrajang adalah; Berapakah jumlah gol Arsenal akan kene malam ini?

21% menjawap; 3 gol tanpa balas sementara 79% lagi mengundi 13 gol tanpa belas.

Sebanyak 702 orang mengundi. Nampak?

Adakah Arsenal akan tercicir dari saingan 16 pasukan elit piala eropah nanti? Jika betul, ini satu sejarah kecil buat pasukan Arsenal yang selalu bermegah layak ke peringkat kalah mati itu selama 13 musim. Ketinggalan 6 mata dari Olympiakos dan Bayern dengan hanya tinggal 2 perlawanan adalah sukar kepada Arsenal. Lebih keji, Arsenal hanya layak jika mengalahkan Zagreb dan berharap Olympiakos akan kalah pada perlawanan seterusnya menentang Bayern. Jenis berharap pasukan lain kalah inilah yang memalukan.

Semua ini nampak ada sinar lagi kerana Olympiakos mungkin akan kalah kepada Bayern Munich. Tetapi diperlawanan akhir nanti bertemu Olympiakos, Arsenal kene menang dengan kelebihan 2 gol jika mahu layak. Apa punya susah matematik nak layak ke pusingan kalah mati ni? Kene berbalas pantun bagai. Layak atas tangan orang lain ni sebenarnya sudah kalah dan mati jadi elok Arsenal kalah saja pada Zagreb nanti.

Sementara itu, United kekal mendahului kumpulan B dengan mengalahkan CSKA Moscow 1-0. Gol hasil tandukan cantik Wayne Rooney diminit-minit terakhir permainan adalah mengikut perancangan asal yang Jang pernah tulis dalam artikel lepas di https://www.ultrajang.com/seri-dipentas-eropah-hasil-gol-sah/

Main senang, susun strategi, jaringkan gol cantik dan mudah dan kemudian layak ke saingan kalah mati. Macam biasa…macam Manchester.

Satu tumbkan padu keudara!

p/s : Jang sedang study peta panas kat atas tu.Tau la akar umbi nanti Jang nak goreng mereka.

0Shares

4 thoughts on “Kene sekolah lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.