/Kene tembak!

Kene tembak!

Sebagaimana kita semua tahu,keputusan perlawanan di antara NS Matrik menentang T-Team malam tadi masih lagi rahsia. Hanya yang pergi stadium sahaja tau. Dia macam pilihanraya juga la, semuanya rahsia dan kertas undian masih di kira walau jam dah menunjukkan pukul 4 pagi. Itu la, siapa suruh tunggu keputusan kat berita TV, orang lain semua pergi stadium. Nampak?

Suasana di STAR Paroi malam tadi memang cukup ‘panas’. Bagaikan air sungai yang mengalir, begitulah derasnya mulut penonton setia pasukan Nogori tak berhenti beratib memaki dan memaki hinggakan jika jin dan iblis mendengarnya, nescaya, mereka juga akan turut menutup telinga dan merasa malu. Mereka terlalu emosi. Inilah hal lelaki sebenar. Kaum Hawa jika mahu lihat bagaimana lelaki menunjukkan sisi emosi mereka, datang lah ke stadium. Kalau kat rumah tu dia diam je baca suratkhabar,tanya sepatah, jawab sepatah. Takda perasaan.

Oklah, tak payah la Jang nak pusing-pusing lagi, Rumah NS Matrik malam tadi kene tembak! kira-kira 5 das tembakan telah di lepaskan oleh penjaga gawang Helmi Eliza. Tidak pasti apa punca tembakan-tembakan ini boleh di lepaskan dengan mudah oleh benteng pertahanan dan juga penjaga gawang. Pihak polis tidak membuka kertas siasatan kerana tiada laporan di buat, tetapi sebagai Buapak kepado bolasepak beradat, Jang terpaksa bertindak menjadi polis bolasepak dan menyiasat perkara ini malam tadi juga.

Bagaimana 5 gol boleh di lepaskan? Ini bolasepak, biasa la tu, Arsenal pernah kene kekah LAPAN gol oleh Man United (sekadar contoh) tetapi jika kesemua gol itu di lihat seperti sengaja di berikan, atau benteng pertahanan bagai empangan pocah lalu berlaku kenduri gol oleh pihak lawan, maka perkara ini nampak ‘berbau ikan’. Rata-rata penonton tak mahu menerimanya, kerana mereka tahu di mana standard yang di tunjukkan oleh pemain mereka dalam perlawanan sebelum ini. Malam tadi mereka nampak lain. Ianya sangat-sangat mengelirukan penonton yang melihatnya!

“Kalau ada penambahan 6% dari harga biasa, bagaimana mereka kata GST boleh buat harga burger abang lebih murah?” – Abang botak jual burger cuba memetaforakan kekeliruan itu dari sudut ekonomi.

Lebih menarik, kesemua pemain pertahanan di katakan bersungguh-sungguh untuk bermain teruk. Mereka bagaikan bersepakat untuk lemah malam tadi. Sedangkan Forkey Doe bagai nak gila mencari gol. Amboi, Predator pun lari keluar hutan kalau asyik dia seorang saja yang kene kerja. Kalau ikut standard bolasepak, dapat saksikan 8 gol dalam satu perlawanan adalah sesuatu yang menarik. Tapi kalau cara atau jurang jaringan itu sebolehnya mahu lebih 2 gol, tak salah kalau penonton nak sangsi.

Forkey Doe cuba merapatkan jumlah gol, tapi macam ada arahan di terima untuk pastikan keputusan perlawanan mesti memihak pasukan lawan dengan kelebihan 2 jaringan. Maknanya jika Forkey Doe terus menjaringkan gol, gawang NS Matrik akan terus menerima tembakan sampaila keputusannya 10-12. Kau paham tak ni? Tak faham takpa.

Jang tak tuduh berlaku penjualan game dan baru kalah sekali takkan la kita nak tuduh bukan-bukan. Tapi Jang nak sampaikan aje apa yang di luahkan oleh peminat malam tadi. Jang akan terus lakukan siasatan dan berharap kejadian ‘tembak-menembak’ ini tidak berlaku lagi. Musuh kita ramai di luar dan semua mahu lihat kita di kalahkan. Tapi berbekalkan semangat ‘Musuhnya Habis Binasa’ kito bergerak kehadapan dan turun ke stadium seperti biasa Selasa depan.

Ingat! ramai yang datang dari jauh, tinggalkan kerja sebab nak sokong NS Matrik. Lelaki kalau emosi dia akan benci dan tak datang stadium lagi dah.

10299521_10152795767100980_8005699289727909422_n

Ye la..yela..kredit gambar N9Futbol.