Kepahitan Di Dalam Kemanisan Bola Sepak

Jika ada benda yang hendak diceritakan dengan pasukan Negeri Sembilan ini hanya semangat penyokongnya sahaja yang boleh dibanggakan. Dengan dua kekalahan ditangan JDT II dan Kuala Lumpur, tiada apa lagi alasan yang boleh pasukan Negeri Sembilan hulurkan kepada peminatnya. Lemau selemau biskut Marie yang tidak ditutup bekasnya berbulan-bulan. Itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan persembahan Negeri Sembilan pada awal tahun ini.

Pada bahu siapa lagi yang hendak kita salahkan. Pengurus? Coach? Pemain? Ataupun padang yang tidak rata? Abang Tom telah mengikuti beberapa perlawanan persahabatan Negeri Sembilan sebelum ini dan boleh menyimpulkan satu perkara. Negeri Sembilan hari ini tiada beza dengan Negeri Sembilan tahun sebelumnya. Gol mereka boleh dikatakan hanya datang dari set piece dan organisasi pertahanan yang kucar kacir. Seperti artikel sebelum ini abang Tom pernah labelkan ini adalah ciri-ciri midtable team. Fluid permainan itu tidak ada dan hanya bergantung pada skill individu. Percayalah, persembahan seperti ini akan berterusan sehingga ke akhir musim.

Walau bagaimanapun, abang Tom masih konsisten dengan kenyataan sebelum ini yang penukaran coach sahaja tidak akan menyelesaikan masalah Negeri Sembilan. Coach harus diberi peluang paling kurang tiga tahun untuk membentuk pasukan. Jika masih ditakuk yang sama, maka tiada lagi alasan yang boleh diberikan untuk dia mempertahankan dirinya. Negeri Sembilan pun sudah bertukar-tukar coach dari dulu sampai Asri Ninggal pun dipersalahkan. Tetapi tetap kita tidak berjaya mengembalikan kehebatan Negeri Sembilan seperti sedia kala.

Sazali Saidon, Satwan dan para pemain harus memikul tanggungjawab bersama. Tapi dengan cara apa mereka mahu lakukan itu seratus peratus bergantung kepada cara mereka sendiri. Kalau tanya pendapat abang Tom, coach Mario Lemos patut dikekalkan dari dahulu lagi. Tugas kami di Ultrajang hanyalah mengkritik, memuji dan menyokong. Buat masa sekarang abang Tom hanya boleh katakan time is the key. Abang Tom yakin, zaman malang ini akan berlalu diakhirnya. Namun langkah drastik perlu diambil oleh persatuan untuk memendekkan waktu tersebut. At least adalah nampak usahanya.

Pujian harus diberikan kepada penyokong Negeri Sembilan kerana masih tidak mengalah. Maki-maki pun tetap mereka sayang pada pasukan mereka. Merah-merah muka masing-masing tengok bola. Itulah kepahitan di dalam kemanisan bola sepak. Kesihatan juga kena jaga. Janganlah simpan marah-marah tu.

Jadi abang Tom izinkan untuk kau semua untuk marah dengan pasukan Negeri Sembilan.

– Yang menahan marah, Tom Bombadil –

Tom Bombadil

The coolest kid on the block

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.