/Kepercayaan kepada bolasepak Malaysia kembali terjamin

Kepercayaan kepada bolasepak Malaysia kembali terjamin

Hamidin dilantik menjadi pengurus pasukan Harimau Malaya- Dollah Salleh senang hati sebab faham apa kehendak Hamidin- tugas Dollah lebih mudah mengendalikan skuad Harimau Malaya- Hamidin janji akan perbaiki ranking dan Dolah pening susun pemain ekoran beberapa pemain dari Pahang dan JDT yang lewat melapor diri kerana piala AFC.

Semuanya dilapor dalam akhbar Harian Metro yang boleh dibaca disini;

http://www.hmetro.com.my/node/51523

http://www.hmetro.com.my/node/51303

 

Jang tak tahu nak angkat tangan bersyukur atau tekup muka.

Sementara itu, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Ganu kiter, 500 Mung-mung merusuh kerana tidak berpuashati dengan keputusan pengadil perlawanan yang tidak memihak kepada mereka. Entah apa la salah pengadil agaknya sehinggakan Mung-Mung mengamuk. Diberitakan, mereka memecah pintu masuk utama stadium, merosakkan sebahagian besar tempat duduk, membakar ambulans (wow!), membaling objek sehingga mengenai kanak-kanak dan kelihatan anggota polis terbaring cedera dikepala dan pihak media terperangkap didalam stadium sehingga tengah malam.

Diberitakan juga mereka membaling batu kearah pasukan FRU sehingga memaksa pihak FRU membaling bom asap (wow!) tetapi penonton tetap berdegil dengan mengejek dan memberi isyarat lucah. Baca disini : http://www.hmetro.com.my/node/51398

Mereka tak suka lihat pasukan mereka kalah, mereka tak suka lihat keputusan pengadil yang berat sebelah atau bodoh, mereka tak suka ada unsur makan suap atau bookie dan mereka tak suka jiwa dan semangat mereka diperkotak katikkan sewenang-wenangnya. Inilah passion!

Jang terus melompat sambil membuat satu tumbukan padu keudara.

Masa depan bolasepak Malaysia terjamin!

Kongsi artikel ini: