April 20, 2024

Kerjasama Negeri Sembilan, FMLLP dan Qu Putih

3 min read

Menjenamakan Negeri Sembilan menjadi NS Matrix bukan satu bentuk penswastaan yang boleh dihebohkan. Kalau nak kata ianya satu langkah awal untuk penswastaan pun masih kurang tepat. Rukun penswastaan mengikut hukum AFC ada 5 perkara utama dan takda mengatakan penukaran nama sebagai satu langkah awal. Hal penswastaan ini juga ultrajang.com dah tulis lamo dulu.

Klik sini  https://www.ultrajang.com/penswastaan-liga-dan-pembangunan-dalam-bolasepak-part-1/  dan https://www.ultrajang.com/penswastaan-liga-dan-pembangunan-dalam-bolasepak-part-2/

Lama dahulu juga Negeri Sembilan pernah menukar nama kepada NS Naza dibawah sponsorship Naza Motor. Ianya hanya bertahan satu musim (atau dua) dan kemudian terpaksa ditukar semula atas arahan FAM kerana pasukan yang didaftarkan adalah Negeri Sembilan, bukan NS Naza. Kenapa selepas semusim ianya berubah, hanya Allah Taala saja yang mengetahui.

AAEAAQAAAAAAAARrAAAAJDA1M2U4ZmJiLTA5MGUtNDE5Mi1iNWJhLTJkMTIxYzJlNjU2ZQ

2016 hanya tinggal 2 bulan saja lagi dan mengikut perjanjian Melayu, tahun depan liga kita akan diswastakan. Untuk pengetahuan semua, liga Piala Malaysia yang berjalan sekarang adalah dibawah kendalian syarikat Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang mengendalikan penswastaan nanti. Jang percaya pada misi dan cita-cita FMLLP cuma kita kene bagi mereka masa untuk merealisasikannya dengan baik.

Sponsorship untuk Piala Malaysia juga adalah hasil dari usaha mereka sendiri. Telekom Malaysia akan menjadi penaja rasmi Piala Malaysia sehingga musim 2017. Mengikut sumber ultrajang.com, terdapat banyak syarikat yang berminat menaja bolasepak Malaysia, dari pembuat kicap sampai la pembekal jalur lebar. Jika dulu kita terjegil mata tak percaya dengan bunyi Watson Piala Malaysia, musim ini Que Putih juga berminat nak jadi penaja utama. Mujur FMLLP bertindak memastikan Telekom Malaysia menjadi penaja terbesar. Ini bukan rekaan. Ini betul-betul!

Sekarang kau bayangkan iklan Piala Malaysia dengan Que Putih. (Tuhanku!)

Berbalik kepada pasukan Negeri Sembilan, apakah langkah yang telah diambil oleh PBNS untuk memastikan kita tidak ketinggalan dalam penswastaan ini? FMLLP sudah buktikan yang sponsorship boleh dicari jika marketing betul-betul mencari dan buat kerja. Terima kasih kepada Matrix Concept tetapi mesti banyak lagi syarikat yang boleh menaja pasukan Negeri Sembilan jika insentif kepada mereka diadakan.

Dulu syarikat Ban Mee saja dah boleh sponsor Negeri Sembilan, kenapa sekarang tak boleh? Negeri Roadstone boleh, Samsung boleh, Mydin pun ok. Asalkan jangan ditukar kepada pasukan NS Mydin. Tampallah segala jenis sponsor pada jersi macam pasukan Kelantan, asal nama kekal Negeri Sembilan.

 

Penswastaan adalah satu perniagaan dan perniagaan adalah satu peluang. Ada syarikat yang mahu membeli rights penjualan tiket stadium Paroi untuk satu musim. Kemudian syarikat ini akan menjual semula tiket ini kepada penonton. Syarikat ini akan membuat promosi sendiri dalam penjualan tiket. Bagaimana syarikat ini mahu mempromosi atau menjual tiket, itu tidak penting. Matlamatnya atau advantagenya adalah, pengurusan stadium Paroi telah mendapat wang mereka sebelum tiket dijual lagi.

Syarikat yang akan mempromosi penjualan tiket akan lakukan berbagai cara untuk memastikan tiket terjual dan pelaburan mereka mendatangkan hasil. Mereka akan mengajak orang ramai datang menonton perlawanan bola distadium. Mereka akan wujudkan rasa sedap datang stadium tengok bola. Mereka akan hidupkan suasana luar stadium yang lebih meriah supaya orang ramai (peminat bola ler) mahu datang ke stadium di setiap perlawanan.

 

Baru la penuh stadium Paroi yang berkapasiti 40,000 tempat duduk. Kalau dengan kedatangan biasa seramai 2,500 orang sudah cukup buat pengurusan stadium dan PBNS berpuashati, tak guna la buat stadium besar-besar. Baik stadium Perbandaran dulu tak payah roboh.

Jang panas dengan hal bola Nogori ini bukan suka-suka. Jang pernah naik ke pejabat MB dan ke pejabat PBNS seorang diri nak jumpa dan berbincang atau bertanya..kau tau apa jawapnya?

Nanti Jang cerito.

p/s; Que Putih tu acah aje la

0Shares

4 thoughts on “Kerjasama Negeri Sembilan, FMLLP dan Qu Putih

    1. KAHKAHKAH.walaupun lucu tapi den setuju. den tiap hari minam babu..mako den dan ramai lagi adalah penyumbang secara terus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.