April 26, 2024

NFDP: Kita masih kebudak-budakan untuk ke Piala Dunia U17 Peru.

5 min read

OhTuhanku!

Begitu sukar untuk Jang menukilkan kemelut yang melanda pembangunan bola sepak Malaysia sekarang ini. Hendak dikritik, takut tidak kene, hendak dibiarkan tidak manis pula. Menambah sukar apabila benda basic seperti kenapa FAM boleh memecat LTK sebagai jurulatih U16 Malaysia pun ramai yang tak dapat nak faham. Bertanya apa hak FAM? Itulah tanda kau terlalu lama dalam dunia bola sepak komputer game FIFA, dimana kau boleh saja menjadi wakil kepada mana-mana negara. Tak kuasa Jang nak terangkan kedudukan hal tersebut kerana ianya terlalu menghina kebijaksanaan Jang sebagai seorang lelaki budiman.

Tapi yelah, biasalah tu. Bukan semua benda kita tahu, lagi-lagi kalau kita malas membaca dan tidak mahu belajar mengambil tahu. Hmmmmm.

Dua hari sebelum kita kalah kepada Jepun, Jang dah tulis dalam artikel https://www.ultrajang.com/afcu16-makmal-mengesan-dna-ciptaan-ltk-di-nfdp/ tentang apa akan berlaku jika LTK gagal melaksanakan misinya. Kalau kau baca artikel tersebut, nescaya kau sudah menduga apa akan berlaku. Cuma Jang sendiri tak sangka, ianya begitu drastik dan dahsyat. Ianya seperti dendam lama, yang harus dibayar tuntas. LTK dibelasah dari pelbagai sudut, dilibas dengan cemeti dan dirotan tanpa sempat berkata ‘pishangggg’. Berbagai kenyataan datang dari tokoh-tokoh yang biasa seperti Khalid Ali, B. Sathianathan dan beberapa tokoh wartawan sukan, semua nak komen dan membuat pendedahan dalam pelbagai media terutama twitter.

Tetapi kenapa ada segelintir pihak bagaikan sudah menunggu lama untuk ‘merayakan’ kegagalan LTK? Sudah tentu ada sebab musababnya. Ianya boleh jadi datang dari LTK dan NFDP itu sendiri dan puak ini mengetahui dan memantau semenjak awal penubuhannya lagi tetapi terpaksa berpuasa lama dari mengkritik kerana LTK dan NFDP berada dibelakang KJ dalam rejim BN. Kesemua ini ada diluahkan oleh beberapa wartawan otai didalam twitter secara berkias dahulu.

Segala info dan pendedahan ini bukanlah misteri pun. Ianya open secret dan dah berlegar cerita dikalangan penggiat pembangunan bola sepak negara. Jang sendiri ada menulis hal-hal berkaitan NFDP dalam laman web bermaruah ini semenjak usia NFDP baru setahun jagung pada Januari 2015. Jang bagi link untuk kau baca sendiri;

  1.    Januari 2015. Pemberontakan pertama jurulatih-jurulatih dibawah LTK bermula tak sampai setahun penubuhannya. Baca di:    https://www.ultrajang.com/nfdp/   
  2.  June 2015. NFDP bukan tempat kau mengadu nasib lepas putus cinta.  https://www.ultrajang.com/kemanakah-arah-tujuan-nfdp-kau-siapa-nak-tahu/
  3. June 2015. NFDP dipuja ketika menang, tunggu bila kalah nanti. https://www.ultrajang.com/b-13-nfdp-bukan-cingey-kau/
  4.   November 2015. LTK kata jurulatih tempatan bodoh sombong. https://www.ultrajang.com/jurulatih-tempatan-bodoh-sombong-ltk/
  5.  Jang sentiasa betul.

Secara kronologinya, memang sudah timbul masalah dan pergeseran semenjak awal penubuhan NFDP, namun suka Jang ingatkan disini, main bola petang-petang di kampung Manggis pun ada pergeseran, inikan pula diperingkat nasional yang melibatkan kos besar. Biasa la tu, orang kata berlaga angin. Angin sejuk Munich dengan darah panas jurulatih Malaysia bila berlaga maka terjadilah ribut.

Gaji

Diberitakan, Lim Teong Kim dipanggil pulang untuk menjadi Pengarah Projek NFDP selepas lama berkelana di tanah German. Ada Jang baca satu tweet dari seorang dj radio otai yang berbicara hal bola sepak Inggeris di siaran radio Inggeris (kalau Jang petik nama dia pun kau bukan kenal sebab kau dengar Radio Era) mengatakan semasa di Bayern Munich, LTK hanya menerima gaji sebanyak 4,000 Euros (RM20K) sahaja sebulan. NFDP menawarkan gaji RM175K (seperti didedahkan) jadi sudah tentu LTK bertindak bijak pulang semula ke Malaysia. Salah ke LTK pilih gaji sedap? Tak salah.

Menjadi pengarah projek ini bukan kecik anak tugasnya. Walaupun pelan pembangunan bola sepak ini adalah satu program yang diprogramkan semula (If its a program, it can be reprogrammed) untuk menambahbaik program 2010 tetapi Jang mendapat maklumat LTK hanya sesuai bekerja dipadang mengarahkan pemain dengan latihan. Beliau tidak sesuai mengarah jurulatih lain, membuat pelan-pelan dan kerja pejabat seperti kebiasaan seorang Technical Director dalam bola sepak bekerja. Hmmmm..dipendekkan cerita, selepas blablabla, LTK hanya bertugas di AMD dengan skuad elite. RM175K untuk latih satu akademi? Salah ke? #Entahlah

(Malasnya nak habiskan artikel ini sebab isinya tidak menggembirakan tetapi bila fikir semula; bila masa pulak bola sepak kita ini menjaga dan menggembirakan hati kita? Jang dah kata lama dahulu, inilah keindahan menjadi penyokong bola sepak tempatan. Kau kene kental, kau kene berjuang dan kau kene memberontak tetapi kau masih terus dipijak. Beauty!)

AFCU16

Semasa di AFCU16, ada beberapa perkara yang Jang kurang bersetuju dengan LTK. Pertama kerana beliau mempertahankan tindakan penjaga gawangnya yang mendapat kad merah dengan kata-kata “mereka ini masih budak-budak” Jang nak tanya juga, sampai bila alasan mereka ini masih budak-budak boleh diguna pakai? Sampai 18?19 tahun? sampai 20 tahun? Bagi Jang, 16 tahun bukan budak-budak lagi dalam pembangunan (mahupun perkahwinan). Jika umur 7,8,9,10 tahun boleh dipanggil budak-budak dan dibenarkan membuat kesilapan dalam permainan. 16 tahun sepatutnya mereka sudah tidak boleh melakukan kesalahan basic sebaliknya mempamerkan kualiti latihan dan kawalan emosi yang diajar selama bertahun-tahun.

Wayne Rooney mula bermain bersama Everton semasa berumur 17 tahun, Giggs menyertai Manchester United semasa berusia 14 tahun dan membuat debut semasa berumur 16 tahun. Maksud Jang disini, kita jangan anggap 16 tahun sebagai budak-budak lagi. Jang bosanlah dengan mentaliti begitu dan dah lihat sendiri senario menganggap pemain muda ini budak-budak dalam PBNS. Ater..mesti main dengan pasukan Belia dan kemudian Presiden dahulu ke baru boleh diserap ke pasukan senior?

Kita sentiasa beri masa dan peluang kepada pemain senior dalam pasukan utama dan minta pemain muda tunggu. Pemain muda pun bosan menunggu di pasukan Belia dan Presiden. Mereka tahu peluang mereka untuk bermain diperingkat senior masih lama dan jauh sebab pengurusan masih anggap mereka terlalu muda lalu mereka berhenti menunjukkan minat dan latihan kerana tahu, ianya tidak memberi apa-apa erti dan peluang.

Bukti tindakan LTK adalah kurang tepat apabila dalam perlawanan seterusnya, seorang lagi pemain melakukan rebutan ala flying kick dan dapat kad merah. Kali ini LTK salahkan mutu pengadilan. Errr..seingat Jang dalam bola sepak pembangunan, kita diajar untuk menghormati keputusan pengadil. Maka tindakan LTK menyalahkan mutu pengadilan semasa kalah kepada Thailand adalah tidak wajar. Period.

Itulah dua perkara yang Jang tak bersetuju tetapi bukan bermaksud Jang suka mengkritik atau pakar. Peminat dan penulis seperti Jang bebas memberi pendapat selagi ianya masih relevan. Samada pendapat itu betul atau salah, terpulang kepada NFDP untuk menilainya dengan hati terbuka.

Selepas kekalahan kepada Jepun, Jang menghubungi beberapa sumber untuk mengulas kekalahan itu. Banyak perkara menarik yang diceritakan kepada Jang. Antara yang benar-benar membuat Jang faham kenapa Jepun boleh menang dan kenapa Malaysia bermain bagaikan tidak berpedoman ialah…

Dah la. Cerita panjang-panjang pun kau bukan tahu nak bezakan lantikan FAM sebagai jurulatih Malaysia dan lantikan NFDP sebagai pengarah projek. Macamana Jang nak cerita hal lain yang lebih sulit seperti peruntukan dan agensi sukan yang mencari dana. Hmmmm.

Jang,
Buapak Akar Umbi (BAU)

p/s: Semua maklumat adalah melalui pembacaan di media sosial, akhbar tempatan, gossip dan bertanya sendiri kepada sumber yang dipercayai.

Gambar: Goal.com

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.