April 20, 2024

Kita sama ranking dengan Indonesia dan Liverpool

2 min read

Hal ranking ini ultrajang.com dah tulis 6 bulan yang lalu. Boleh baca semula di https://www.ultrajang.com/siapa-tolak-ranking-malaysia-sampai-jatuh/

Jang tengok semalam ada ramai juga yang tiba-tiba marah dan menempelak FAM bila dalam senarai terbaru ranking keluaran FIFA, kita merudum ketangga 171, berkongsi mata dengan Indonesia. Bila ramai marah-marah tu, Jang tertanya juga, apa korang ni baru bangun tidur ke?

Bolasepak Malaysia yang dimainkan seperti setan, takkan nak ranking top 50 dunia? Asal diadakan perlawanan kelas A (seperti diminta-minta penyokong tegar) kita kalah dan terus kalah. Lawan Oman, kalah…lawan Timor Leste kalah, lawan UAE kalah, lawan Palestin kalah, lawan Liverpool je seri. Kat situ dah nampak dah level kita tu kat mana.

Perlu diingat, ranking kita adalah wajah kita. Nasib baik kita buat 2 ke 3 perlawanan kelas A saja setahun, kalau 10? Tak keluar dari ranking kita jadinya.

Bercakap pasal wajah kita ini, itulah, marah kita ni sekejap saja. Kita mudah dijinakkan semula. Esok warga bola sibuk la kembali dengan mata football fantasy masing-masing. Sapa pun tak ingat dah mata Malaysia 171. Hanya ada segelintir saja warga bola yang benar-benar steady memperjuangkan maruah bolasepak negara. Mereka ini Jang salute.

Jadi ranking sebenarnya tidak penting. Rajagopal dah bagitau lama dah cuma kita lelap dalam tidur yang sedap, jadi kita tidak sedar. Kenapa tidak penting? sebab kita tengoklah wajah bolasepak kita semula, kita tengok aksi mereka dipadang, aksi orang berebut jawatan di FAM, aksi ahli politik mencaturkan kedudukan mereka, aksi persatuan negeri dan paling win, aksi penyokong bolasepak iaitu kita sendiri terhadap bolasepak negara. Adakah kita layak berada di top 100?

Di tangga ke 171 itu sesuai la. Dekat dengan Indon, India, Timor Leste, Bhutan dan Maldives. Itulah wajah kita, itulah ranking kita, maruah dan jiran kita.

 

0Shares

2 thoughts on “Kita sama ranking dengan Indonesia dan Liverpool

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.