/Kito protes!

Kito protes!

Selamat pagi kepada pembaca-pembaca Ultrajang sekalian. Jang dekat meeting ni. Sambil mengangguk Jang menaip entri ini bagi menjawab tuduhan liar yang semakin meliar di di dada facebook.

Malam tadi Jang perhatikan gaya permainan Ns Matrix bertunjangkan taktikal “protes”. Gaya protes ini sangat jelas sehinggakan gol ketiga ATM diberi sahaja oleh penjaga gol, Helmi Heliza. Bola lop yang melepasi 3rd quarter telah dikejar oleh Helmi dan beliau buat-buat nak tanduk tetapi dibiarkan bola tersebut terlepas lantas penyerang import ATM menyambut dan menyepaknya ke arah pintu gol secara bersahaja.

Jang tenang menyaksikan peristiwa tersebut sambil menyedut vape perisa mango lassi ada manis sikit.

Gerakan protes ini Jang telah kesan sejak nama Ns Matrix dijadikan bahan oleh mamat-mamat Selangor dan Pahang(Jang akan kupas perkara ini dilain entri).

Dengan kesilapan tokmat kito memilih nama pasukan N9, maka protes ini terjadi. Yelah orang kata ” apa ada pada nama?”. Memang N9 tak boleh pakai nama NsMatrix. Protes ini terjadi secara kecil sehingga ia merebak ke skala sekarang.

Dengan berakhirnya perlawanan(protes) malam tadi, pihak pengurusan bolasepak negeri sembilan akan menyusun dan berbincang balik mengenai nama baru N9 untuk saingan musim depan.

P/s : N9 akan bangkit!

 

 

– Jang Gomeh

Kongsi artikel ini: