/Kok berjalan biar sesamo, kok berdiri biar samo tinggi.

Kok berjalan biar sesamo, kok berdiri biar samo tinggi.

Jang dah beberapo kali peratikan budak ni. Jang tengok je kelakuan dio, sonyum dio dan yang paling ponting, spirit dio. Mudo laie budak eh, masih dan boleh poie jauh laie perjalanan dio, hati Jang berkato-kato. Tapi Jang bolum nak nogur laie, sebab sifat pemalu Jang ni tinggi tak menompek kekadang tu.

Tapi malam tadi Jang dongar kisah budak ni dari Buapak Luak Jelobu dalam mesyuarat Majlis Buapak Bolasepak Beradat Nogori kali ke 28 di Seremban. Terusik hati Jang bilo mengetahui kisah saudara kito ni. Namo dio AIRUL AZRAI BIN ZAINAL atau namo pendek, ARAI. Ketiko Jang menulis cerito ni (16/2/2015), doktor sedang melakukan pembodahan memasukkan bosi kek peha Arai akibat kemalangan dengan lori yang berlaku pada tahun 2011. Kemungkinan kaki beliau akan pendek sebolah atau komplikasi lain yang hanya doktor je tau menorangkannya.

Hebatnya spirit Arai ni, walaupun bertongkat, dio totap muncul kek stadium Paroi bersama menyokong pasukan NisMilan. Bukan setakat kek Paroi, game luar Paroi pun dio ikut juga sesekali (yang dokek la). Sekarang, Jang nak tanyo, kau yang sehat ni apo alasan maleh poie stadium?

Mengikut cerito Buapak Jelobu ni laie, Arai ni tak ponah lak minta simpati atau menjajo cerito kisah kesusahan dio. Osah handa spirit Jang sorang ni. Setelah di siasat, kos rawatan Arai ni kasar jugak, dokek 30 riban! Justeru, Majlis Buapak mengesyorkan dan  meminta kepada sesiapo yang sudi di luar sano untuk menyumbang sedikit wang ringgit untuk meringankan beban Arai dan keluarganya. Tak dapek jolok skit, jolok la semampunya. Di sertakan nama ponuh dan akaun beliau sendiri untuk tuan-tuan dan puan-puan di luar sana menyalurkan bantuan;

NAMA: AIRUL AZRAI BIN ZAINAL
NO ACC: 0530 0290 0015 5632 (BSN)
NO TEL: 013 657 5430

Jangan nak koba, ado laie susah la,apo tak ambik insurans la, sapo suruh merempit la, itu la ini la, bincang kek fesbuk la, dio handa la, orang lain semua tak betul la….. cubo jangan banyak bunyi bona! Itu bukan budayo kito. Budayo kito ialah, bilo ada yang perlu bantuan dan dah nampak orang tu susah, kito tolong. Tapi kalau kau nak berbunyi jugak, apo la dayo Jang nak halang.

UltraJang dan semuo Buapak serta anak buah mengucapkan dan berdoa semoga semua urusan dan pembedahan saudara Arai akan berjayo. Amin.

10482343_1022584571103010_4587729272825223789_o

Camera shy, kato orang ni.

p/s : ko viralkan la kek whatsapp/fesbuk tu. copek sikit poie eh.

TAGS: