April 19, 2024

Kucing Malaya

2 min read

Pasukan bawah 23 kita dah jadi lauk Vietnam.

Penuh bertenaga mereka menyembelih, melapah dan meratah skuad kendalian Datuk Ong dari sepak mula hingga ke wisel penamat. Pasukan kita bertenaga juga cuma kawal bola kelam kabut,passing tak tepat, perancangan tak menjadi, menyimpan bola lama, menolak bola tidak kemas dan seribu satu gaya lama mereka pamerkan.Habih camno nak dapatkan gol? Menangis air mata kucing pun tak berguna.

Jang syak mereka ini semua lepasan sekolah sukan Bukit Jalil. Baik tutup je sekolah tu. Semenjak dibuka, bola Malaysia terus merudum. Dulu takda pun sekolah sukan, elok je Khalid Ali main bola.

Sampai bila kita, rakyat Malaysia yang membayar cukai setiap hari, terpaksa saksikan semua ini? Nak tunggu budak-budak dari NFDP besar? Kalau dah besar, adakah mereka berpeluang untuk dipilih bermain bola untuk negara? Adakah mereka benar-benar telah ‘lasak’ digunakan dalam pelbagai peringkat pertandingan sebelum dipilih secara ketat dan tidak pilih bulu untuk menyarung jersi negara? Atau selepas tamat latihan, mereka dihantar pulang ke negeri masing-masing lalu persatuan pun memilih pemain berdasarkan ‘kesukaan’ mereka, bukan kesukanan.

Semua persoalan ini relevan, malah apa soalan pun relevan kalau berdasarkan prestasi pasukan negara sekarang ini.

Tak taulah kalau setakat nak tunjukkan sokongan sahaja, asal Malaysia main, kene sokong, kene nyanyi, kene berdiri, kene brotherhood, tapi dalam padang dan dalam persatuan, kita kene game.

Ini bukan budaya bolasepak sebenar.

Berita lain.

Arwah Sepp Blatter dah pun pergi meninggalkan kita. Beliau adalah ikon rasuah bolasepak dunia. Tapi itu semua tuduhan, belum pun terbukti lagi, tetapi semua itu tidak penting. Yang jelas, rasuah WUJUD dalam dunia bolasepak moden.

Mengikut sumber yang rapat dengan Ultrajang, rasuah dalam bolasepak Malaysia ini macam makan nasik. Siang malam ada. Mengikut kata beliau, punyalah power bookie bola ini, mereka boleh keluar masuk bilik persalinan pemain lebih dulu dari jurulatih. Kalau petang sebelum game tu, pemain lebih excited menunggu panggilan telefon bookie dari impian menjaringkan gol perlawanan malam nanti. Bila bookie call, siap boleh passing-passing handphone tu dari kapten sampai la keeper.

Menurut beliau lagi, Polis Bukit Aman bukan takda rekod siapa yang jadi dalang dan dipercayai polis juga mempunyai rekod akaun bank beberapa figura bolasepak negara tetapi mereka tidak mengambil tindakan kerana jika polis bertindak, esok takda lagi bolasepak Malaysia ini. Dah semua masuk kedalam!

Tak percaya?

Nantikan pendedahan Ultrajang dalam skandal rasuah bolasepak negara.

Miaooowww!

 

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.