April 20, 2024

Lain padang, lain belang

2 min read

Kemon la FAM, pergi saja la main di Hebron. Apa nak rayu sampai dua kali kepada FIFA untuk ubah padang permainan. Isu keselamatan bukan kerja FAM. Hal keselamatan adalah tanggungjawab polis dan pengurusan stadium di Hebron. Bukankah sama macam kes di Shah Alam bila FAM dituduh gagal mengawal keselamatan perlawanan, FAM mempertahankan diri dan kata itu bukan tanggungjawab mereka sepenuhnya.

Jadi bila FIFA dah beri jaminan keselamatan, ikut saja lah. Kene la percaya.

Ong Kim Swee pun sama. Jangan timbulkan rasa takut kepada pemain. Walaupun berhak untuk meminta perubahan tempat tetapi sekali cukup la. Rasanya ada juga kelab dan negara yang sudah bermain di Hebron, kalau tak silap Barcelona juga sudah kesana. Tak mungkin Malaysia adalah negara pertama. Kalau bermain di padang berkecuali pun, belum menjanjikan kemenangan atau perubahan besar kepada Harimau Malaya. Ada baik pergi saja ke Hebron dengan semangat dan keberanian Harimau. Tidak gentar dan mengaum walau di hujani peluru pemburu haram. Kalah pun nanti tak menjadi buah mulut orang ramai sangat.

Tak manis orang ajak bertandang ke rumah, kita beria tolak dan nak jumpa di kedai saja. Kene pulak kita kata rumah mereka tak cantik, miskin, bahaya dan takda aircond. Cuba kalau Palestin kata tak mahu main di Shah Alam sebab Malaysia ni rakyat dia bangang, suka support membabi buta, non- tawaduk, cintakan McDonalds, hanya gantung mafla Palestin bila buat demo dan press conference saja dan sebagainya. Mereka minta main di Singapura saja la. Apa perasaan kita?

Kunanlan sanggup melupakan Deepavali dan bersedia untuk negara. Ramai lagi pemain dan jurulatih yang sanggup pergi kalau Ong Kim Swee atau mana-mana pemain Harimau Malaya yang tak berani. Datuk Jamal Nasir juga bersedia mengganti mana-mana pegawai FAM yang tak mahu ikut ke Hebron.

Nak main kelayakan Piala Dunia biarlah kita tunjukkan walau diceruk dunia mana pun, kita masih mengaum. Malaysia juga harus pergi bermain disana sebagai tanda sokongan kepada Palestin. Taklah dikatakan dunia, setakat buat demo depan kedutaan Amerika dan boikot Mcd sekejap boleh la rakyat Malaysia ni. Lepas tu siang malam menghisap dan menurut kehendak Yahudi. Ke selama ini semuanya wayang saja?

Berjuanglah! Pahlawanku!
Satukanlah Tekad Semangatmu..
Kami Rela! Korban Nyawa!
Demi Daulat Negara Tercinta..
Ole Ole OLe Ole Oleā€¦.

Begitulah chants dari ekor Harimau Malaya. Harimau ni kekuatan dia pada belang dan misai, bukan ekor. Tapi kalau ekor pun sanggup korban nyawa..takkan belang dan misai nak tukar warna?

Tapi kalau ajak Jang pergi, Jang ikut…cuma PTPTN ni nak kene check dulu. hmmmm..

0Shares

3 thoughts on “Lain padang, lain belang

  1. Kecik hati Palestine.
    Adakah ini merupakan permulaan alasan kalau rimau kalah Jang? Kalau ini digunakan sebagai alasan kalah akibat psikologi pemain terjejas sebab bimbang keselamatan, elok potong kotey dengan ekor sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright Ā© Ultrajang 2023.