/Laksana lembu kasi, galak saja tiada melawan

Laksana lembu kasi, galak saja tiada melawan

Jika menggunakan teori abang Tom memang sangat mudah untuk mendapatkan pasukan yang
mantap untuk berjaya dalam mana-mana liga. Teori tersebut berbunyi begini. Lebih banyak kita labur
wang ke atas sesebuah pasukan semakin tinggi peluang pasukan untuk menjadi juara. Namun teori
ini bukanlah satu teori sains metafizik yang selalunya susah untuk dipatahkan jika kena pada
hukumnya.

Walaupun abang Tom berpaksi dengan wang sebagai pacuan utama tapi alternatif lain bukan suatu
yang perlu kita endahkan sama sekali. Terlalu banyak bukti dan cerita Cinderella yang mengaitkan
dengan kejayaan pasukan bola sepak bukan datang dengan wang ringgit. Mungkin kita dapat belajar
daripada cerita-cerita ini dan membantu menjawab beberapa persoalan yang mungkin bermain di kotak
fikiran penaung PBNS.

Antara persoalan yang paling utama yang perlu difikirkan oleh pengurusan yang baharu di PBNS
adalah berapa banyakkah peruntukan perlu dilaburkan untuk musim akan datang. Berkait dengan
teori yang abang Tom cakap tadi, jumlah peruntukan ini menjadi asas dalam pemilihan pemain. Jadi
pemain-pemain seperti mana yang perlu kita bawa masuk? Hendak pilih pemain yang murah dan
hebat ataupun mahal tapi berbaloi?

Banyak juga idea-idea yang datang daripada penyokong-penyokong sendiri namun idea yang paling
menarik hati abang Tom untuk ketengahkan adalah membawa masuk pemain-pemain lama yang
kehabisan kontrak ke dalam pasukan Negeri Sembilan. Ianya nampak logik dan sesuai dengan
keadaan sekarang. Tapi ini adalah pandangan abang Tom sendiri dan tak semestinya betul. Pembaca
diajak untuk mengkritik dan berbincang tentangnya.

Si Ronin Yang Berpengalaman

Hari itu abang Tom terbaca tentang situasi Shukor Adan yang sekarang ini mungkin tidak lagi
ditawarkan kontrak baharu bersama Felda United. Abang Tom suka menyamakan pemain-pemain
seperti mereka ini sebagai seorang Ronin (Istilah bagi Samurai tidak bertuan). Hebat, berpengalaman
dan terbukti kebolehanya walaupun tidak sehebat ketika zaman emas mereka. Ronin ini dahulunya
banyak diupah oleh pembesar-pembesar Jepun ataupun orang kampung dalam usaha mereka untuk
menjaga kawasan dan kampung daripada dijarah penyamun. Kebiasaanya kontrak mereka pendek
dan upahnya tidak mahal.

Jika kita lihat situasi di Negeri Sembilan sekarang. Walaupun pasrah, pihak pengurusan, pemain dan
penyokong sentiasa mengharapkan Negeri Sembilan untuk kekal bermain di Liga Super. Jadi
bermakna tujuan kami bermain di Liga Perdana musim akan datang dengan izin tuhan hanyalah
bersifat sementara. Bajet Negeri Sembilan mestilah bersifat sebentar, jitu dan nurturing kepada
pemain-pemain muda yang ada sekarang. Jadi tak salah jika kita ambil pemain Ronin ni untuk jangka
masa pendek untuk membimbing Negeri Sembilan bukan? Jika Negeri Sembilan merancang untuk
kekal di Liga Perdana, maka lupakan kata-kata abang Tom ini.

Kesimpulan

Sekali lagi abang Tom tekankan bahawasanya ini hanyalah satu pandangan. Jika abang Tom seorang
selection committee, abang Tom akan consider pemain seperti Shukor Adan sebagai salah seorang
pemain baharu dalam pasukan Negeri Sembilan. Lebih-lebih lagi sekarang ini kebanyakkan pemain
Negeri Sembilan muda-muda dan petanda tiada leadership dalam pasukan adalah sangat jelas. Jika
sang Ronin ini berjaya memupuk pemain-pemain muda ini erti leadership dan kepayahan yang
sebenar. Tak menjadi kejutan bila kembali ke Liga Super nanti mereka jauh lebih bersedia pada
musim sebelum ini.

Tak perlu kita mencari pemain dari luar negara untuk orang hebat seperti ini. Kadang-kadang mereka
ini hanya seperti laksana lembu kasi, galak saja tiada melawan. Nampak sahaja hebat tapi tolak
sedikit tidak keruan. Macam siapa? Abang Tom malas nak petik nama.

P/S: Kembalikan semangat anak muda Negeri Sembilan. Paroi not dead!